[Gambar:
Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong
Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari
web Tranungkite.
KUALA
LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa
pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar
berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke
ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di
Tualang Sekah, malam tadi.
"Bila
saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya,
eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.
"Kebetulan
giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya
minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau
kepada Harakahdaily, hari ini.
Cerita
Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua
Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat'
beliau.
Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.
"Saya
pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu
mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS
Pusat.
Tambah
Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya
orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150
meter dari tapak ceramah Umno itu.
"Orang
kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu
mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga
Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.
"Saya
duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau
bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.
"Katanya
kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya
kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya
nak sampaikan maklumat," katanya lagi.
Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Kerengga
ds nizar has done a good job....keep it up...
ReplyDelete