Followers

Wednesday, May 9, 2012

Najib Altantuya Perlu Bersedia Menjadi Ketua Pembangkang!

 

Perdana Menteri, Najb Altantuya harus bersedia jika pengundi memilih mengubah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau mempersoalkan, adakah Najib sedia menerima keputusan itu atau beliau tetap dengan pendirian mempertahankan kuasa ‘walau berkecai tulang dan badan, walau berkecai jasad dan nyawa’ seperti yang pernah diungkapkannya pada Perhimpunan Agung Umno dua tahun lalu.

“Adakah Najib akan menunaikan janji mewujudkan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik di dunia, mengaku kalah secara berhemah seperti Sarkozy sekiranya pengundi memutuskan demikian dalam pilihan raya umum akan datang?” soalnya dalam satu kenyataan.

Pada pemilihan Presiden Perancis, Ahad lalu, penyandang Nicolas Sarkozy mengaku kalah selepas tamat pengundian dan mengucapkan tahniah kepada calon Sosialis Francois Hollande sebagai pemimpin baru negara tersebut.

Perkembangan politik dunia menyaksikan banyak parti kerajaan tumbang di tangan rakyat antaranya Singapura, Myanmar, Tunisia, Mesir, Libya, Belanda dan terbaru, Perancis.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menyelar Najib yang kian paranoid sehingga percaya wujud percubaan menggulingkan kerajaan pada himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

“Walaupun ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka sepakat menuntut pilihan raya bersih. Mereka hanya ‘bersenjatakan’ garam dan botol air untuk melindungi diri daripada gas pemedih mata dan semburan kimia yang digunakan polis.

“Sangat dikesali Najib mengeluarkan tuduhan melulu perhimpunan ini percubaan pihak pembangkang menggulingkan kerajaan,” kata veteran DAP itu.

Kit Siang turut membidas, bagaimana Najib boleh mengatakan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia sedangkan ia belum memenuhi prinsip demokrasi asas, di mana peralihan kuasa melalui pilihan raya tidak dianggap normal dan sebaliknya luar biasa.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.