Followers

Wednesday, May 16, 2012

Mnjelang PRU - Muzakarah dan Haramjadah - Hezb-ul Islam

TIDAK menghairankan, apabila menjelang sahaja Pilihanraya, maka berbunyilah isu Muzakarah Umno - PAS. Maka berbunyilah juga isu Hukum Hudud. 
Persoalannya, tidakkah kita masih belum faham perangai Umno sejak azali lagi? Jika kita sudah kenal, malang sungguh jika kita masih termakan dengan tipu daya puak-puak ini.

Apa yang mereka tidak kata terhadap kita? Mereka pernah kata PAS parti ajaran sesat lebih dahsyat dari Ayah Pin.

Semenjak zaman Mahathir Kutty lagi bersungguh-sungguh mereka mahu halang PAS dari menggunakan perkataan ISLAM dalam parti tersebut. Awal lagi dari itu, penyokong-penyokong PAS ramai yang terkorban di Memali. Pembunuhan di Memali bukan dilakukan oleh DAP yang mereka anggap anti Islam itu, jauh sekali oleh Ambiga atau BERSIH. Ramai pemimpin PAS disumbat masuk di dalam ISA, juga bukan oleh Karpal Singh atau DAP.

PAS pernah bersama mereka di dalam satu kapal kerana PAS memang ikhlas untuk bersatu demi Islam dan bangsa Melayu. Akhirnya, siapa yang mencampakkan PAS keluar serta mengkhianati PAS? Adakah ketika itu mereka dihasut oleh DAP atau Ambiga? Ketika PAS ditendang keluar, di mana suara para Mufti ketika itu? Ada fatwakah dikeluarkan ketika itu? Mengapa para Mufti tidak mengecam puak-puak yang mengkhianati PAS waktu itu? Bukankah ketika itu berlaku perpecahan ummah?

Ketika Mahathir merampas kuasa Raja-Raja Melayu, di mana suara para Mufti? Bukankah Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama? Baiklah, mereka dakwa mereka tidak menyokong PAS adalah semata-mata PAS berkawan dengan DAP sekarang. Kita mahu tanya mereka, sewaktu PAS berpisah dengan DAP di dalam Barisan Alternatif waktu itu, adakah mereka menyokong dan memuji PAS? Tidak, malahan mereka semakin ganas menyerang PAS kerana mereka tahu PAS keseorangan ketika itu. Hasilnya, tumbang Kerajaan PAS di Terengganu.

Sama juga di dalam isu BERSIH. Kononnya mereka tidak menyokong BERSIH sekarang adalah disebabkan BERSIH dipimpin oleh Ambiga yang mereka dakwa seorang kafir yang anti Islam dan pro LGBT dan pro Murtad. Sewaktu BERSIH 1.0, BERSIH dipimpin oleh Syed Syahir bekas Presiden MTUC, seorang Melayu dan Islam, adakah mereka menyokong BERSIH? Adakah waktu itu FRU tidak menyembur air dan gas pemedih mata kepada para peserta BERSIH?

Adakah kita boleh yakin sekiranya BERSIH 4.0 akan datang ini, jika dipimpin oleh Mat Sabu atau Tuan Guru Nik Aziz mereka akan sokong BERSIH? Kita tidak tahukah ada di antara mereka yang menggelar Tuan Guru Nik Aziz `Bapa Segala Kafir'? Atau kita masih lupa bahawa mereka menganggap kita yang hadir di dalam BERSIH 3.0 baru-baru ini adalah penyokong Komunis? Siapa yang sudah lupa bagaimana Timbalan Presiden PAS sekarang, Tuan Hj Mat Sabu mereka cop penyokong Komunis apabila Mat Sabu kisahkan perjuangan Mat Indera?

Kita lupa agaknya terbaru apabila Najib menggelar penyokong-penyokong ANAK (warga Felda yang menentang penyenaraian saham FGVH) sebagai `Haramjadah'. Masih lagi kita tidak kenal Umno?

Menjelang Pilihanraya Umum, muncul lagi isu muzakarah Umno-PAS. Sebelum kita jawab samada perlu atau tidak kepada muzakarah dengan Umno, patut juga kita tanya mereka sudahkah tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu ditunaikan? Sudahkah wang rakyat yang digunakan untuk `membeli lembu kondo' berjumlah RM250 Juta itu dikembalikan? Sudahkah pemimpin Umno yang menggelar PAS parti ajaran sesat itu memohon maaf?

Sehubungan itu, Umno tidak perlu untuk bermuzakarah dengan PAS yang mereka anggap sesat dan menyokong Komunis itu. Umno lebih baik bermuzakarah dengan para-para Mufti dan bertanyakan hukum jika seseorang menggunakan wang zakat untuk membayar peguam menentang kes Qazaf, yakni hukum dan perundangan yang termaktub di dalam Al-Quran

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.