Followers

Tuesday, May 15, 2012

Mereka Menghina Diri Mereka Sendiri !!



Masya-Allah...
Apa sebenarnya maksud mereka?
Mahu menghina Ambiga?

 
Tapi yang orang ramai nampak..
Mereka menghina diri mereka sendiri...
Malahan boleh jadi menghina Islam yang menjadi anutan mereka..
Kerana membuat hal tolol seperti ini dihadapan rumah orang kafir!

Yakinlah... susah nak tengok orang kafir buat hal macam ni..

Selaku bekas tentera..
Sewajarnya mereka bertindak lebih matang dan beradab..
Sangat-sangat memalukan bangsa melayu yang kononnya mereka perjuangkan!

Disaat sebahagian lagi rakan-rakan mereka bekas tentera sibuk mengabdikan diri dengan masjid dan surau..

 
memegang jawatan sebagai AJK,siak,bilal malahan menjadi Imam, mereka ini pulak mengabdikan diri kepada kebodohan dan ketololan...

Semoga Allah SWT memberikan mereka ini hidayah dan inayah yang sangat besar..
Amin...


budakbalun 15052012


'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga

Sekumpulan bekas tentera pagi mengadakan satu senaman aneh di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara.

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

NONEKumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga.

Mohd Ali berkata, bantahan itu dibuat terhadap Ambiga yang disifatkannya sebagai "musuh negara yang cuba merosakkan nama negara" melalui perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.

Senaman goyangan punggung itu juga sebagai bantahan ke atas Ambiga yang didakwa mereka sebagai penyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual, kata Mohd Ali lagi kepada pemberita.

"Kami beri amaran keras kepada Ambiga supaya segera minta maaf kepada rakyat Malaysia berkenaan BERSIH dan seks bebas," kata Mohd Ali sebelum sesi senaman itu bermula. -Mkini

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.