Followers

Thursday, May 3, 2012

KANTOI! Najib Altantuya Tipu Gaji Mimima!!


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, gaji minimum RM900 diumum kerajaan meliputi elaun sara hidup dan pekerja hanya memperoleh RM700 hingga RM800 gaji asas.

"Kajian Kementerian Sumber Manusia mendapati satu pertiga daripada pekerja Malaysia hidup dengan gaji RM700 iaitu di bawah garis kemiskinan.


"Upah kadar minimum RM900 dan RM800 sebenarnya termasuk elaun sedangkan gaji asas masih antara RM700 dan RM800.


"Ini bermakna, hampir tiada perubahan. Pakatan Rakyat pula mencadangkan gaji minimum sebanyak RM1,100 iaitu jumlah yang releven," katanya dalam satu kenyataan.


Rafizi turut mempertikai masa yang terlalu lama diambil kerajaan untuk mengumumkannya walaupun Parlimen meluluskan Akta Gaji Minimum pada Jun 2011.


"Kerajaan Persekutuan sepatutnya dijadual mengumumkannya pada Disember 2011. Namun kenyataan Najib semalam dibuat setengah tahun lewat, seolah-olah hanya sandiwara menjelang pilihan raya.

Piket seluruh negara

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merancang mengadakan piket di seluruh negara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jumlah tersebut.


Pengerusi MTUC Pulau Pinang, S Ravindran berkata, pekerja tertipu dengan RM900 bagi Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak mendapat RM800.


Beliau berkata, golongan pekerja kecewa apabila jumlah yang diumum Najib termasuk elaun tetap kepada gaji asas.


"MTUC mencadangkan RM900 gaji minimum ditambah RM300 elaun sara hidup atau RM1,200 sebagai gaji minimum," katanya.
 
 
Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.