(Apakah Najib dan Zahid boleh tersenyum lagi di mahkamah Perancis nanti)
KUCHING:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk
Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke mahkamah Perancis untuk
memberikan keterangan.
Peguam
Suaram yang baru pulang dari Perancis Fadiah Nadwa Fikri berkata,
pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi
yang akan dipanggil itu.
Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda.
Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpean yang dibuat oleh syarikat Perancis.
“Bila
kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan
senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.
“Kami
memberikan nama Najib Tun Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata
Fadiah dengan mendapat tepukan gemuruh dari lebih 2,000 yang hadir dalam
ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching Ahad lepas lapor Free Malaysia
Today.
Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.
Namun,
baru-baru ini selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata
beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup
untuknya.
"Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis, " soal Zahid.
Fadiah
dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos
penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan
keterangan.
Menurut
beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina
dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.
Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.
"Dan
jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh
mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke mahkamah
Perancis," katanya.
Sementara
itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan
berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib
dan Zahid) menjadi saksi.
"Saya
akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah
untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0
lagi," kata Cheong Seng Keong.
Namun katanya, "Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka."
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.