Lim Guan Eng buat hal lagiiiiiiiiiiiiiiiii!!! Betapa sakitnya hati
orang Pulau Pinang bila tanah mereka dirampas dengan kuasa Kerajaan.
Apa lagi? Diharap KETUA PEMUDA UMNO Shaik Husein Mydin untuk mengadakan lagi DEMO BESAR BESARAN di Pulau Pinang.
Dalam pulau taw, bukan kat
laut! Ada ke patut LGE sebat tanah sebesar besar tanah tu bagi kat orang
lain? Dalam pengambilalihan tanah tu, hanya 14 pemilik sahaja yang
setuju tapi 25 pemilik lagi x hadir.
LGE rampas jugak!!! Apa lagi, buat persidangan khas, jangan lupa jemput Ibrahim katak dan Hassan Akidah. Kalau boleh jemput sekali Zul Kulom sebab dia rajin bab sah mengesahkan ni.. Umni Hafilda pula boleh dijemput sebagai penyeri suasana..
Proses pengambilan lot-lot tanah berkenaan mula diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada 9 Disember 2010.
Difahamkan, Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah, 1990 bagi mengeluar perintah pada 30 Disember tahun lepas dengan kesemua 14 tuan tanah masing-masing diberi pampasan. Kerajaan Negeri turut memberi pampasan kepada empat pemilik bangunan yang hadir dalam satu proses siasatan.
Manakala 25 pemilik bangunan yang tidak hadir pada proses siasatan itu turut boleh menuntut pampasan masing-masing seperti yang didipositkan oleh Kerajaan Negeri di bank sebelum ini.
Masih ingat lagi ke dengan Demo Tanah Kubur 2010 yang kononnya LGE Tipu Melayu P.Pinang? Seronok masa tu media UMNO-BN jaja FITNAH kan? Sekarang dah terbukti LGE menunaikan janjinya. |
MASALAH umat Islam di Jelutong yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional sejak 13 tahun lepas berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, proses pengambil alihan tanah seluas 3.208 ekar milik bukan Islam yang bernilai RM20 juta bagi menangani masalah kepadatan tanah perkuburan Islam di Jelutong dilakukan sungguhpun Kerajaan Pusat sebelum ini berjanji untuk membeli tanah bernilai tinggi itu.
Tanah yang diambil untuk tujuan perkuburan kini dimiliki oleh orang bukan Islam. Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang
Sumber Pejabat Tanah Daerah Timur Laut (DTL) mendedahkan, pihaknya telahpun meluluskan proses perbincangan dan pengambilan balik tanah Lot 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 Seksyen 4 Bandar Jelutong, Daerah Barat Daya untuk tujuan tanah perkuburan Islam dan perumahan am sejak 1999 lagi.
Nilai pasaran tanah berkenaan semasa itu adalah sekitar RM5 juta hingga RM6 juta sahaja. Namun, Kerajaan Negeri di bawah Umno serta Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah itu sungguhpun mendapat sokongan langsung daripada Kerajaan Pusat ketika itu.
Apabila masalah ini dibangkitkan semula, kerajaan pusat enggan membantu sungguhpun Kerajaan Negeri era Pakatan Rakyat membuat permohonan demikian demi kepentingan umat Islam di negeri berkenaan.
Kerajaan pusat tidak mempertimbangkannya atas faktor kepentingan umat Islam di negeri ini, apabila memutuskan untuk tidak akan menyalurkan peruntukan untuk proses pengambilalihan tanah perkuburan tersebut. Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.
Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mampu memartabatkan umat Islam dan rakyat yang berbilang kaum sungguhpun seakan dipinggirkan dari segi kewangan oleh Kerajaan Pusat yang diteraju oleh Umno serta Barisan Nasional.
25 pemilik yang x hadir
tu senyum je dapat duit kan? Pastu selesailah sudah masalah tanah kubur
yang UMNO-GERAKAN-BN sendiri takleh nak selesaikan sejak azali...
Sekian terima kasih..
sumber: Era Pasca
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.