Seingat aku tak pernah lagi terjadi sebelum ni, rang undang-undang yang dah diluluskan oleh Dewan Parlimen nak dipinda lagi di Dewan Negara. Biasanya di Dewan Negara cuma dibahaskan saja dan kemudiannya akan diluluskan. Sampai tahap ada yang bagi label Dewan Negara sebagai rubber stamp.
Lain sikit kali ni bila ahli Dewan Negara bercadang untuk pinda dua seksyen dalam akta tu. Mungkin kut Dewan negara dapat keberanian pasai sebelum tu masa di Dewan Parlimen dibuat tiga pindaan.
Lagi satu, Rang Undang-undang Kesalahan Pilihanraya ni bukan sebarang undang-undang, bukan sama macam undang-undang pasai pokok ka atau pasai komputer ka atau pasai basikal.
Rang undang-undang ni dibuat untuk pastikan Umno BN menang lagi dalam PRU13 nanti, lebih kurang macam talian hayat untuk Umno BN kekal berkuasa.
Harus barang diingat, hampir semua ahli Dewan Negara dilantik oleh Umno BN melalui Yang Dipertuan Agong. Yang akan bawa suara membangkang pun cuma yang mewakili negeri-negeri yang dipegang Pakatan Rakyat, maknanya sepatutnya cuma 8 orang saja dari 70 orang ahli Dewan Negara yang berani untuk menentang Rang Undang-undang demi survival Umno BN tu.
Kalau setakat 8 orang tu ja yang berbunyi dalam Dewan negara tu lebih kurang macam anjing menyalak bukit ja. Yang sampai boleh nak pinda 2 seksyen tu tentu dapat sokongan majoriti ahli dewan.
Mungkinkah keberanian ahli Dewan negara ni menggambarkan yang depa pun dah berani untuk tak wala' kepada Umno BN dan dah berani tak setuju Umno BN menipu dalam PRU13 nanti. Bukan tara tu saja tapi sampai tahap dah berani putuskan talian hayat untuk Umno BN kekal berkuasa.
Betapa pentingnya Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihanraya tu untuk survival politik Umno BN boleh dilihat dari komen Dr. Mahathir macam yang dllaporkan SinarHarian.
[Sumber: SinarHarian]
Maksud aku bukan komen Dr. Mahathir yang tersurat macam yang dilaporkan SinarHarian tu tapi maksud tersirat komen tu... Hahaha...
[Sumber imej: TheNutgraph]
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
Sumber: http://
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.