NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Entri Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia ini merupakan kumpulan cerita benar yang disampaikan melalui rakan-rakan blogger yang pernah menjejakkan kaki ke negeri di bahagian pantai timur negara tersebut.
Dan
kisah pengalaman mereka ditulis tanpa sebarang kepentingan politik
sebaliknya atas dasar berkongsi informasi yang tepat dan benar dengan
orang ramai yang kini banyak dikaburi dengan penipuan media massa
terutamanya televisyen dan semua Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya
di Malaysia dipadamkan 100%.
KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia
KISAH PERTAMA : Blog Hasrul Hassan
Fakta Kelantan Paling Kaya
Rumah
di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya
rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.
Emas
di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara
negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan
pelaburan.
Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.
Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.
Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.
Lembu-lembu
dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal,tak
macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia.
Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.
Masih
lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa
peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga
barang.
KISAH KE-DUA : Blog Wacanaku
Ok....
ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang
paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu
ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang
Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie!
Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana
pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek
pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau
dari segi kemewahan rakyat tu sendiri?
Orang yang terlibat je tau ye
dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan
aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang
Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la
FAKTA....bukan AUTA!
Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa
Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di
mata orang yang tak tau kan....
Tapi cuba tanya depa sendiri.... Berapa
ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke
rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam
tengok....
Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai
remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang...
Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah
jer...Umah sewa kaa sendiri???
Tanah berapa butir je hak milik sendiri?
Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...
Ok....
tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau
pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu....
Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu...
Emas
pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga
gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh
dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper...
Pastu
cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah
banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah....
Cuba tengok
sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90%
rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang
tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa
peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?
Bagi
yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan
tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh
survive ke tak..... Aku jamin...
Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000
tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang
hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut?
Makan megi hari-hari? he he he...
Jadi
dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir
sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin...
Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA??
Aku
tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan
tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin
kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun
harganya..
Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup
lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan
asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat?
Aku
tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling
kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup
mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan
masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan
tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita?
Duit banyak...Tapi tanah
tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan
(HUTANG)... Perlu ke berdabik dada?
Biarla orang nak kata
kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri
kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak
tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa....segala-galanya perlu
berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda
mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ?
Yang
dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer...
Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin
sesebuah negeri? Apa yang lebih penting?? :)
Korang fikirlah sendiri k..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.