Followers

Sunday, May 13, 2012

Beza Antara SYIRIK....MURTAD... NIFAQ.... FASIQ - Azza Karim

 
RINGKASAN PENJELASAN

SYIRIK

Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
daripada sifat uluhiyyahnya ( berhak disembah, dicintai, dipatuhi
perintahNya dan didoakan kepadaNya ) ataupun sifat rububiyyahnya
( menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam ). 

Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat yang tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah melakukan syirik dengan Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah. 

Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik
walaupun terdapat di kalangan ulama’ yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.


MURTAD 

Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma’ ulama’ menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad

NIFAQ

Ialah sifat dan amalan yang dilahirkan oleh seseorang yang
berupa amalan dan sifat seorang Muslim pada zahirnya tetapi
hakikatnya dan juga apa yang ada di dalam hatinya tidak demikian.

Jika apa yang tersembunyi di hatinya itu berupa perasaan yang tidak menafikan iman, maka tidaklah menjadi kufur. Sekiranya terdapat perasaan yang menafikan iman walaupun lidahnya berikrar, maka dia tidak beriman di sisi Allah. 

Tetapi di kalangan kita, dia adalah orang Islam, bermuamalah dengannya sebagai seorang Islam selagi tidak lahir kekufurannya. 

Sesungguhnya Allah hanya memberitahu kepada kita tanda-tandanya sahaja dan terserahlah kepada si munafiq itu untuk menyedari bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dihatinya.

Di dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah), Allah telah mendedahkan sifat-sifat orang munafiq seperti berikut: 

“Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukanlah orang yang beriman.
Mereka hendak menipu Allah, padahal mereka menipu diri mereka
sendiri sedangkan mereka tidak sedar.”


FASIQ 

Di dalam Al-Quran, istilah Fasiq ini digunakan bagi menerangkan perbuatan-perbuatan tersebut:

1. Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid, maka ini adalah syirik ( As-Sajadah Ayat18 )
2. Maksiat kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah saw, maka ini adalah kufur ( At-Taubah Ayat 80 )
3. Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur (Al-Maidah Ayat 25 )
DrSoul's Quotes & Sayings Collections Sesiapa juga dibenarkan untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.