Bila
kerajaan Umno menggelejat-menggelejat punya la tak nak pilihan raya
yang bersih dan adil, orang melihat kerajaan puaka itu cuba
menyembunyikan terlalu banyak yang kotor, jijik serta tidak adil.
Begitu juga, bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jawab "no comment" bila ditanya tentang siasatan mahkamah
Perancis terhadap urusniaga pembelian kapal selam Scorpene antara
Malaysia dan Perancis, rakyat nampak ada yang jijik dan najis yang
hendak disorokkan
Lebih
malang lagi, jawapan "no comment" Muhyiddin itu dilihat semakin
menguatkan sangkaan rakyat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak berhempas pulas hendak menyembunyikan sesuatu yang tidak baik
apabila dia nampak benar takut dan kecut sungguh untuk berhadapan dengan
siasatan mahkamah Perancis.
Kalau benda baik, bukan saja dia tak akan sembunyi, malah riuh rendah dia pukul canang sana-sini.
Tetapi,
yang mungkin orang tak berapa nampak sangat ialah Bersih 3.0
terutamanya dan siasatan mahkamah Perancis ke atas urusniaga Scorpene
itu bagaikan lebuh raya yang terbentang luas kepada Muhyiddin.
Yang di atas tu kisah Malaysia. Berikut kisah di sebuah nagara (ejaan tidak ikut ejaan dewan entah apa-apa - dewan apa tu?)
Kisahnya,
kepimpinan nagara itu mempunyai seorang godfather yang ditakuti.
Beliau
juga bekas perdana menteri nagara itu. Satu hari, seorang pemimpin
pertubuhan rasis yang bermulut tempayan memberitahu, godfather itu
memberitahu mereka bahawa perdana menteri nagara itu mesti dibuang.
Tetapi, godfather itu kata, kena tunggu parti mereka menang pilihan raya
dulu.
Menurut katak bermulut tempayan itu, seorang bekas menteri yang
kaya dengan idea bukan-bukan juga ada ketika godfather itu kata begitu.
Adoila!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.