NILAI:
Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0,
seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak
menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak.
Kejadian
berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman
dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid
Masjid Saidina Abu Bakar di sini.
"Tiba-tiba
tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih
dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak.
"Jemaah
yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak
peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily.
Menurut
saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan
siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari
bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu.
Kejadian
kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum
himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28
April.
Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.
Namun
tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar
pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid
berkenaan.
"Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala.
"Sebelum
ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah
kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid
sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada
beliau tergugat," kata saksi itu lagi.
Lantas
saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima
arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang
di masjid tersebut.
Atau juga siak tersebut mendapat mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.