Followers

Wednesday, April 25, 2012

[Video] Kenyataan Bodoh: "Bawa kes Scorpene ke Perancis mahu kucar-kacir negara"

 


Saya sangat-sangat bersetuju dengan kenyataan Che Det  bahawa Umno sudah berpuluh tahun tidak disertai orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS dan parti PR yang lain. Oleh sebab tiada kemasukan cerdik pandai, maka mentaliti pemimpin parti adakalanya sangat menyedihkan. 
 Datuk Fauzi Abdul Rahman ada menyentuh hal ini dalam satu ceramah. Katanya, “Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.


“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya seperti dipetik oleh
Harakah Daily.

 Bukan setakat ketandusan calon untuk PRU, malah pemimpin yang ada gagal mengeluarkan hujah yang bernas ketika menjawab sesuatu isu. Buktinya, cuba baca kenyataan SU Agung UMNO seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini. Kata Tengku Adnan Mansor, tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung dengan pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.


"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," kata Tengku Adnan.

Apa kaitannya dengan negara? Tindakan SUARAM itu bukannya mengucar-kacirkan negara, tetapi bakal mengucar-kacir pihak yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Rasanya, rakyat Malaysia yang waras boleh memikirkan akibat tindakan SUARAM itu. Entah bagaimana Tengku Adnan boleh mengeluarkan kenyataan begitu. Kalau mahu melindungi tuannya sekalipun, carilah kenyataan yang tidak merendahkan tahap IQnya.
 
Apabila membaca kenyataan bodoh ini, kita tentu teringat akan kenyataan Sharizat ketika mula-mula kantoi dengan isu lembu NFC dahulu. Tanpa segan silu, dia menuduh pihak PKR cuba menjatuhkan Wanita UMNO. Terpekik terlolong dia menggunakan nama Wanita UMNO untuk melindungi diri dan keluarga daripada skandal itu. Tindakannya itu dibidas oleh pemimpin utama BN. -DCM

Sila tonton video di bawah ini:



P/s: Dari satu segi, kita bersetuju dengan Che Det, namun pemimpin partinya cukup bijak meratah duit rakyat dengan pelbagai cara!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.