Followers

Monday, April 9, 2012

Vale - Mengapa Tanjung Hantu?


Nizar menyatakan, sebagai seorang jurutera, beliau dididik supaya tidak merosakan alam sekitar; maka beliau mencadangkan pada awal-awalnya supaya Vale pergi ke Tanjung Hantu – 45 kilometer daripada Teluk Rubiah.

Nizar turut memperincikan faktor-faktor mengapa Tanjung Hantu dicadangkan bagi menempatkan projek Vale tersebut.
  • Sebab pertama, ialah bakau-bakau disana sudah habis kena tebang.
  • Yang keduanya, tidak ada penempatan perumahan di situ.
  • Yang ketiganya ianya tidak akan menjejaskan industri nelayan.
  • Yang keempatnya kerana berjauhan dari Generation TNB.
  • Dan yang kelimanya, ianya berjauhan dengan naval force.

  • Menurut Nizar, beliau telah memberikan ransangan dan arahan kepada Perak Invest, supaya berhubung dengan Kementerian Pertahanan; mempastikan betul-betul samada penempatan di Teluk Rubiah ini akan menjejaskan keselamatan negara kerana kedudukan naval base disitu.

    Dedahkan syarat-syarat Perjanjian

    Nizar menegaskan, setelah usul dibuat oleh Perak Invest, Pakatan Rakyat, bersama-sama dengan rakyat, telah tidak membenarkan di Teluk Rubiah.

    Nizar minta Zambry mendedahkan surat kelulusan yang membolehkan Vale meruskan operasi perniagaan mereka di Teluk Rubiah.

    "Saya minta didedahkan surat , kami nak lihat perjanjiannya, syarat-syarat yang terkandung dalam surat yang diluluskan oleh Pangkor kepada Vale. Saya cabar!

    "Saya tidak pernah memberikan kelulusan kepada Vale kerana ada syarat-syarat yang tertentu,” kata Nizar yang mahu meneruskan ucapannya, namun disuruh berhenti dan diperintahkan duduk oleh Speaker kerana masa untuknya sudah habis.

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.