Wan ahmad wan omar spr
Aku cukup setuju dengan cabaran ahli jawatankuasa pemandu Bersih, P Subramaniam yang cabar SPR supaya masuk pilihanraya.
Memang langsung tak relevan bila SPR kata depa dapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. Atas asaa apa depa rasa macam tu sedangkan SPR tak pernah dapat mandat dari rakyat. Lain la kalau perlantikan SPR tu dibuat oleh rakyat dengan apa cara pun.
Yang lebih tak relevan lagi bila Timbalan Pengerusi cuba nak kaitkan Agong pulak dalam hal ni.
Memang la dari segi perundangannya ahli SPR dilantik oleh Agong, Agong yang bagi watikah dan mungkin angkat sumpah di depan Agong.
Tapi realitinya pemilihan ahli SPR tu termasuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha SPR dibuat oleh Perdana menteri. Senarai tu mai dari pejabat Perdana Menteri, Agong cuma sekadar mengesahkan saja.
Bab perlantikan ahli SPR ni aku pernah ulas lama sebelum ni dalam entry bertajuk "Kalau YDP Agong benar-benar laksanakan tugas digariskan Perlembagaan.."
Antara yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 114(2) jelas membayangkan perlantikan ahli SPR mesti dibuat dari kalangan yang MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
[Sumber: SPR]
Dapat kepercayaan rakyat apanya kalau beratus ribu rakyat berani turun berdemonstrasi di jalan raya dalam Bersih 2.0 walaupun diugut macam-macam termasuk oleh pihak polis, pulak tu di sembur dengan air kimia dan gas pemedih mata, semata-mata pasai tak puas hati dengan proses dan perjalanan pilihanraya yang depa nampak jelas kotor.
Apa pun, Malaysiakini melaporkan:
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/04/timbalan-pengerusi-spr-nak-palitkan.html#ixzz1rtJCx4jE
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.