Followers

Tuesday, April 17, 2012

TERDESAK SANGAT!!! Hamidah semakin kartun dengan fitnah




Hamidah Osman, Adun BN Sg Rapat yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia dilihat semakin tertekan dan terdesak dengan kemerosotan sokongan yang diterima, baik daripada pengundi Sg Rapat mahupun daripada ahli-ahli Umno Gopeng sendiri.

Cubaan Hamidah untuk mengganggu setiap program yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat ternyata memakan diri sendiri.

Kini, tanpa segan silu lagi Hamidah menerjah kawasan Dun Sg Rapat dengan pergi dari rumah ke rumah dengan membawa bekalan seperti yang dilaporkan
[DISINI]. Tetapi kali ini, kartun-kartun fitnah seperti 2 gambar yang di pamerkan di sini juga diselitkan bersama. Lihat laporan Al-Husseyn [DISINI]

Betapa rendahnya martabat seorang Adun dan juga Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia apabila kartun-kartun fitnah tersebut dijadikan bahan kempen penerangannya kepada rakyat dan di edarkan secara terang-terangan oleh Hamidah sendiri.


Fitnah Hamidah melalui kartun di atas yang menyatakan bahawa pluralisme akan menjadi budaya apabila Pakatan memerintah ternyata pembohongan semata-mata. Sebaliknya, memang telah terdapat unsur-unsur pluralisme di dalam slogan 1Malaysia itu sendiri. Contoh terbaru adalah 'Perkuburan 1Malaysia' yang terdapat di dalam kawasan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sendiri. Tak percaya? Lihat [DISINI]
Perkuburan 1Malaysia yang menempatkan kubur orang Islam bersama-sama dengan kubur Kristian dan juga jirat Cina
Diharap Hamidah dapat menggunakan pendekatan yang lebih berhemah dalam memenangi hati rakyat untuk berkempen menjelang PRU-13 yang akan datang. Janganlah kerana terlalu ghairah untuk menang, akhlak yang sepatutnya tidak di endahkan. Janganlah kerana perbuatan rakus kamu, bangsa Melayu itu sendiri di lihat hina dan rendah moral oleh bangsa asing.
Kumpulan Wanita Umno yang bersama-sama dengan Hamidah berkempen dari rumah ke rumah

Kesian pakcik ini, terpaksa menutup muka kerana malu diperlakukan sebegitu rupa. Aurat sesama Muslim yang bukan muhrim langsung tidak dijaga apabila Wanita Umno dan Hamidah duduk berhimpit-himpit dengannya hanya untuk mengambil gambar. Kemana hilangnya sifat malu yang sepatutnya ada menebal pada seorang wanita? Kalau tak silap, wanita paling kanan mengepit beg tangan hitam itu adalah isteri kepada MC program-program Hamidah sekarang ini, Tok Kohor Alam Fuad

ajijoi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.