Followers

Sunday, April 15, 2012

TER NOW - TER KINI DARI DATARAN MERDEKA!!

 

BERITA BARU MASUK JAM 5.03

dua khemas telah dirampas.


telah berlaku bergelutan dashat


seorang pelajar telah ditunbuk



ANAK MUDA SEDANG BERTAHAN







Penguatkuasa DBKL rempuh mahasiswa, robohkan khemah


KUALA LUMPUR 14 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak ganas apabila merempuh mahasiswa yang membuat benteng bagi mempertahankan khemah mereka dari dirobohkan di Dataran Merdeka.
Dua mahasiswa, dikenali Alif Hafiz dan Alif Asyraf turut cedera apabila dicekik dan ditumbuk dari bahagian belakang ketika penguatkuasa berkenaan meroboh khemah mereka jam 5 petang tadi.

Daripada enam buah khemah yang didirikan sejak semalam, hanya satu sahaja yang tinggal selepas ia dirosakkan penguatkuasa  DBKL.
Menurut seorang jurucakap mahasiswa terbabit, beberapa anggota polis yang berada di situ hanya menyaksikan kejadian tersebut tanpa melakukan sebarang tindakan.
Katanya, mereka juga telah berbincang dengan peguam dan akan meneruskan ‘Sidang Rakyat’  seperti yang dilakukan malam tadi.
Mahasiswa membuat benteng mempertahankan khemah mereka
Bagaimanapun katanya, mahasiswa terbabit memerlukan khemah untuk meneruskan aksi bantahan mereka.
Semalam, kira-kira 30 mahasiswa mendirikan khemah di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mereka juga merancang untuk berkhemah di kawasan itu sehingga 28 April ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.