Followers

Monday, April 2, 2012

Tanpa penipuan, Pakatan selamat ke Putrajaya


SELAYANG, 2 April: Pakatan Rakyat yakin laluan mereka ke Putrajaya terbuka luas jika Barisan Nasional (BN) menyertai pilihan raya kali ini dengan bersih.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sejak kebelakangan ini mereka mengesan semakin banyak penyelewengan yang dibuat oleh BN.


"Bayangkan lebih 390 buah rumah (alamat)dalam daftar pemilih SPR yang mempunyai pengundi lebih dari 100 orang dalam rumah berkenaan.


"Sudah tentu alamat ini digunakan untuk mendaftar pengundi luar di situ," kata Tian Chua kepada Harakahdaily.

 Beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjumpa dengan pengundi Taman Daya dekat sini yang majoritinya adalah pengundi Cina.

Di majlis yang diadakan Sabtu lalu itu, Abdul Hadi merasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS di taman perumahan berhampiran (
gambar).

"Memang pilihan raya umum kali ini adalah yang terbaik untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya namun pelbagai penyelewengan yang kita mula kesan menyebabkan kita bimbang," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.