PETALING JAYA 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan usaha terbaru
UMNO-Barisan Nasional mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk rakyat
asing yang dikenalpasti akan mengundi parti itu pada pilihanraya umum
akan datang.
Di Hulu Selangor, Ketua Bahagian UMNO Datuk Idris
Abu Bakar mengemukakan senarai 2,000 warga asing kepada Menteri Dalam
Negeri Hishamuddin Hussein untuk diberikan sijil kewarganegaraan bagi
tujuan berkenaan, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (foto).
Surat bertarikh 23 Mac itu antara lain memaklumkan Hishamuddin bahawa
pihaknya telah mngenalpasti 2,000 warga asing sebagai “bakal pengundi”
yang boleh memenangkan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada PRU 13.
“Mereka adalah dari kalangan pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya
(yang) akan memenangkan BN pada setiap pilihanraya , khususnya pada
PRU-13,” tambah surat itu yang diedarkan kepada wartawan.
Zuraida berkata surat itu dibocorkan oleh seorang pegawai kakitangan
awam yang tidak tahan dengan penipuan yang berlangsung. “Saya tidak
boleh sebut bagaimana kita boleh dapat surat ini dan surat ini bukan
sahaja (sampai) di pejabat KDN, malah ianya telah disampaikan kepada
satu syarikat agensi pekerja asing yang mana agensi itu akan menguruskan
nama-nama yang disenaraikan untuk diberikan kewarganegaraan bagi
mengundi pada PRU 13,” katanya lagi.
Bukti, surat dihantar Ketua UMNO Hulu Selangor kepada Hishamuddin.
[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu mengarahkan UMNO
Selangor untuk menawan semula Selangor dengan menggunakan apa jua
senjata pada PRU-13 yang dijangka diadakan pada tahun ini atau awal
tahun depan. Pemberian kad pengenalan Malaysia kepada warga asing
dikatakan berleluasa di Sabah di bawah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad
sebagai cara berkesan untuk memastikan BN terus berkuasa di negeri itu.
Adalah dipercayai hampir 600,000 warga asing menerima kad pengenalan
dan hak untuk mengundi menerusi operasi sulit yang membabitkan
agensi-agensi persekutuan.
Hal yang sama juga berlaku di negeri Pahang
sebenarnya. Pengundi rakyat asing semain bertambah di kawasan
pilihanraya parlimen Pekan dan Rompin. Semuanya adalah atas kebenaran
pihak yangberkenaan. Khabarnya di DUN Chini sahaja terdapat lebih 4,000
pengundi baru didaftarkan kali ini, itu belum termasuk di kawasan lain.
Bukankah ini satu angka yang amat mengejutkan dan tidak masuk dek akal.
Itulah kerja jahat SPR berpakat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
bagi memastikan kemenangan BN].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.