KUALA LUMPUR 17 April - Perbincangan berkenaan 22 syor
yang disenaraikan menerusi Laporan Akhir Jawatankuasa Pilihan Khas
Parlimen (PSC) berkaitan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya akan bermula
esok.
Beliau yang ditemui pemberita RTM di Angkasapuri berkata, SPR akan melakukan perlaksanaan kesemua cadangan PSC mengikut kesesuaian dan kemampuan mengikut tempoh jangka pendek, ada bagi tempoh jangka pertengahan dan ada bagi tempoh jangka panjang.
Pada sessi pembentangan di Dewan Rakyat 3 April lepas, majoriti Ahli Parlimen bersetuju untuk meluluskan 18 daripada 22 syor yang dikemukakan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
menjelaskan SPR amat menghargai kesemua cadangan yang dikemukakan dalam
menaiktaraf proses Pilihan Raya Umum di Negara ini.
Beliau yang ditemui pemberita RTM di Angkasapuri berkata, SPR akan melakukan perlaksanaan kesemua cadangan PSC mengikut kesesuaian dan kemampuan mengikut tempoh jangka pendek, ada bagi tempoh jangka pertengahan dan ada bagi tempoh jangka panjang.
Beliau juga menegaskan terdapat beberapa laporan yang diangkat sebagai
pertimbangan Dewan dikenalpasti sebagai perkara utama dan amat penting
malah berkeupayaan untuk dilaksanakan dalam tempoh jangka pendek dan
jangka panjang oleh pihak SPR dan beberapa badan serta agensi yang
berkenaan.
"Selama jawatankuasa menjalankan tugas selama enam bulan, untuk
makluman, sejumlah lebih 200 cadangan dan idea baik telah dikemukakan
oleh pihak awam untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa sebagai
penambahbaikan sistem dan proses pilihan raya negara.
Laporan itu
diperoleh setelah mendapat pandangan daripada sesi pendengaran awam,
maklum balas daripada anggota jawatankuasa, rumusan hasil penelitian
semua jawatankuasa kecil serta pemerhatian semasa lawatan kerja ke
United Kingdom, Jerman dan Denmark," jelasnya.
Pada sessi pembentangan di Dewan Rakyat 3 April lepas, majoriti Ahli Parlimen bersetuju untuk meluluskan 18 daripada 22 syor yang dikemukakan.
Baki 4 syor tersebut akan dilulukan menerusi undian belah bahagi.
4 Syor tersebut merangkumi Pembahagian kemudahan mengundi secara pos
kepada petugas SPR dan media, membenarkan prapendaftaran seseorang
warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20
tahun serta memanjangkan tempoh berkempen dan kajian ke arah pendaftaran
secara automatik.
Klpos
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.