Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.
Seramai kira-kira 300 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini
untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala
Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk
menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan
pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan
Anak Muda Pantai Timur.
Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya",
"Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan
"Jahanam Najib."
Di hadapan Sogo, kumpulan pelajar berkenaan bertindak mengalungkan bunga
pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut salah seorang mahasiwa berkenaan, tindakan itu sebagai tanda bahawa "demokrasi telah mati."
Kumpulan berkenaan kemudiannya mula beredar daripada kawasan depan
kompleks Sogo pada jam 3.30 petang dan berarak menuju Dataran Merdeka
melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Gambar yang dikalungkan bunga itu turut diarak bersama pelajar .
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.