KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan
berhubung serangan terhadap mahasiswa dan aktivis yang berkhemah
menuntut dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka awal pagi tadi.
Lelaki
berusia 28 tahun itu ditahan reman sehingga 24 April ini.Ketua Polis
Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 2.40
pagi, peserta yang tinggal dalam khemah diserang lebih kurang 30 lelaki
berpakaian hitam.
Menurutnya,
dua detektif polis yang berada di tempat kejadian mengalami kecederaan
kerana cuba meredakan keadaan."Lima minit selepas kejadian, anggota
peronda dari balai polis Dang Wangi bertindak meleraikan keadaan.
"Kita
menerima enam laporan polis daripada pegawai polis, pegawa Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dan peserta yang menyertai perkhemahan di Dataran
Merdeka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Mohmad
berkata, seorang peserta cedera di mata kanan dan mendapat rawatan di
Hospital Kuala Lumpur.Beliau turut menafikan kenyataan mengenai tindakan
polis yang tidak melakukan sebarang tindakan ketika kejadian.
Menurutnya,
sekiranya tiada tindakan daripada pihak polis, sudah tentu keadaan
bertambah teruk dan banyak kecederaan yang dialami.SH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.