Ipoh:
Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas
di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu. Gambar: Sebahagian dari peserta perhimpu8nan BN. Foto: al-husseyn
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. -BERNAMA
Kelab Greenboc

Budak-Budak Sekolah Disalahgunakan Oleh Umno/BN
Selepas saya dedahkan arahan PPD Kinta keatas 58 guru sekolah menengah yang dipaksa datang ke majlis Umno/BN di kediaman Menteri Besor Kunta Kinta tu. Rupa-rupanya terdapat 80 buah bas mengangkut murid-murid sekolah ke majlis yang sama.
Apa kena mengena budak-budak sekolah tu dengan projek orang muda Umno/BN itu? Bila ditanyakan kat budak-budak tu, masing-masing kata dapat RM10/-, kami datanglah!
Ya lah! Akal budak! Deme bukan kisah apa ke bendanya. Dapat RM10/ tu banyak bagi mereka; dah boleh beli sekotak rokok! Dah boleh duduk kat cyber-cafe berjam-jam.Budak-budak seronok dapat percuma baju ini Selain baju percuma, mereka dapat RM10/- Sah! Umno/BN memperalatkan anak-anak sekolah Makan percuma pun dapat...tak sabo dah budak-budak tu... Kesihan, mereka makan diatas lantai sahaja Ada yang terpaksa berjemur kat tempat panas begini Kenapa tidak disediakan kerusi dan meja utk remaja ini? Tengoklah, mana dia kempen 'Tak nak rokok' BN ?Tentu ikut Najib yang pakai rantai tu! Ini tentu projek Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azuan.Umno/BN gunakan kanak-kanak sekolah! Puluhan bas sekolah dikerahkan utk mengangkut budak sekolah Tak cukup bas sekolah,bas persiaran digunakan Bas Kilang pun turut digunakan Terdapat tidak kurang 80 bas kesemuanya
Banyak pakai duit tu...budak-budak yang diangkut dengan 80 bas sahaja sudah 3200 orang.Itu pun kalau ikut muatan biasa - mungkin juga mereka duduk bertiga-tiga dalam bas!
Itu belum lagi dikira yang datang sendiri dengan motor atau kereta.Maklumlah budak bandar. baru bersekolah pun sudah ada yang gi sekolah dengan kereta sendiri.
Jom kita congak-congak setail akauntan kampung - ambil sajalah jumlah kasar 3200 orang budak saja.
Kalau bayar RM10/- sorang dah berapa? Bayar makcik katering untuk makan minum mereka? paling koman Rm15/- satu kepala. Bayar sewa 80 buah bas tu entah berapalah pula.
Jangan lupa kos baju percuma itu .Kurang-kurang RM20/-. Ha! ha! itu semua belum lagi harga yang dimark-up. Biasalah projek Umno/BN - beli laptop harga biasa RM3,845, tapi depa tutoh sampai RM11,845! Semua projek songlap duit rakyat. -al-husseyn
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.