Followers

Saturday, April 14, 2012

Para guru dan kakitangan awam akan dibatalkan perkhidmatan jika didapati menyokong pembangkang?

 
BOLKIAH LUPA DARATAN?


Saudara Pengarang,

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib melaungkan Konsep 1Malaysia dan pada masa yang sama untuk mengekalkan demokrasi negara ini. Adakah konsep ini tidak difahami oleh para pemimpin negara atau sengaja tidak memahami demi kepentingan diri?

Saya merasa terkilan dengan ucapan Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Pitas, Datuk Bolkiah Ismail sempena Bulan Juara Rakyat Anjuran Biro Kebajikan UMNO Kudat baru-baru ini (DE, 13 April 2012).

Beliau menyarankan PJKKK dan KK tidak melibatkan diri dengan parti-parti pembangkang dan akan membatalkan perkhidmatan mereka jika didapati berbuat demikian. Beliau juga pada masa yang sama memberi amaran para guru dan kakitangan awam akan menerima nasib yang sama jika didapati menyokong pembangkang.

Pada zaman ‘Sains Angkasa Lepas’ ini masih ada pemimpin kita berani mengugut rakyat secara terang-terangan. Semua mereka ini adalah dibayar gaji daripada pembayar dan pendapatan cukai negara. 

Apakah Bolkiah sudah lupa daratan dan tidak sedar bahawa golongan pembayar cukai ini termasuk penyokong atau pembangkang kepada parti memerintah? Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap individu itu ada hak untuk menyokong mana-mana parti di Malaysia ini. 

Semua jawatan tersebut di atas harus dijalankan secara adil dan amanah tanpa memihak mana-mana parti.

Kenyataan beliau ini benar-benar menghina kebijaksanaan kita sebagai manusia dan pada masa yang sama kenyataan ini tidak seharusnya diucapkan oleh seorang pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat.

Bolkiah harus sedar bahawa gaji beliau sendiri juga dibayar dari cukai yang berasal dari keringat, darah dan lender rakyat. Oleh itu beliau harus berhati-hati apabila memberikan ucapan sebelum rakyat terfikir untuk menukarkan Wakil Rakyat mereka pada Pilihan Raya ke-13 akan datang. 

Semua PJKKK, KK, para Guru dan penjawat Awam tidak harus gentar dengan ugutan ini dan akan menjalankan tugas seadil-adilnya tanpa mempedulian anutan ugama, bangsa dan fahaman politik.

Sabah Maju Jaya.


NOOR HALIM DATUK ZAINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.