Bendera-
bendera Barisan Nasional (BN) kelihatan berkibaran di beberapa tempat,
spekulasi di kalangan ahli politik ialah bahawa pilihan raya umum ke-13
mungkin diadakan tidak berapa lama lagi.
Pemimpin Parti Sosialis
Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar, semalam dilaporkan berkata beliau
tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
boleh membubarkan Parlimen menjelang akhir minggu ini.
Ahli
Parlimen (AP) Sungai Siput itu berkata inilah masa yang betul bagi
Perdana Menteri itu berbuat demikian kerana adanya faktor yang menyokong
BN.
'Datuk
Seri Najib mungkin berbuat begini juga untuk menggagalkan perhimpunan
Bersih 3.0 (yang bakal diadakan pada 28 April ini),' kata beliau, sambil
menambah bahawa perdana menteri mungkin mengumumkan pilihan raya itu
menjelang akhir minggu ini kerana percaya beliau boleh meyakinkan rakyat
bahawa beliau telah mengotakan janjinya untuk membatalkan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilafazkan tahun lalu.
Dewan
Rakyat kelmarin meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) yang menandakan berakhirnya ISA.
Datuk
Seri Najib yakin beliau telah berjaya memikat hati rakyat dengan
menawarkan sogokan wang tunai RM500 kepada keluarga yang berpendapatan
kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah program Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M).
Datuk
Seri Najib yakin beliau telah berjaya memikat hati rakyat dengan
menawarkan sogokan wang tunai RM500 kepada keluarga yang berpendapatan
kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah program Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M).
Pencacai SeMalaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.