PEKAN, 4 April - Para pembeli projek rumah Pusat Pekan Jaya Fasa II dekat sini, kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya iaitu YB Ibrahim Awang (foto) kerana masih gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka biar pun selepas beberapa tahun menjadi Wakil Rakyat di kawasan terbabiSikap acuh tak acuh ADUN terbabit dalam menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh para pembeli ini kini semakin kritikal, tambahan pula Pilihan Raya Umum ke-13 kini semakin hampir.
Justeru, pihak berkenaan gusar jika isu ini dijadikan
"modal politik" oleh pihak pembangkang untuk membuktikan laungan "rakyat
didahulukan" oleh kerajaan itu sekadar "indah kabar dari rupa".
Inilah
senario yang berlaku kepada 22 pembeli rumah yang kini menjadi mangsa
akibat kegagalan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) menyiapkan rumah yang
mereka beli dengan harga antara RM190,000 hingga RM250,000 itu.
Menurut seorang pembeli yang ditemui, beliau hairan kenapa pemimpin
setempat termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak
sendiri tidak cakna dengan isu itu.
"Bayangkan sudah banyak kali kami
ajukan perkara ini kepada YB terbabit dan juga PM sendiri. Namun
jawapannya tunggu dan lihat ... sedangkan kami terpaksa membayar
pinjaman perumahan sejak setahun yang lalu. Bila diajukan kepada pihak
berkenaan, mereka dengan mudah berjanji akan menyelesaikannya.
Tapi,
apa yang terjadi kami kini seolah-olah orang asing dibumi sendiri.
Mereka melayan "warga asing" dengan baik di Pekan terutamanya Kamboja,
Myanmar dan sebagainya. Tapi rakyat Pekan sendiri yang berbangsa Melayu
kini dianaktirikan.
Kami tidak diberi keistimewaan, walau pun
kesemua pembeli adalah berbangsa Melayu. Mana pergi laungan, Hidup
Melayu yang diwar-warkan selama ini", katanya yang tidak mahu nama
beliau disiarkan. Sebelum ini, PDO pernah menyiarkan rintihan para
pembeli terbabit dalam artikel terdahulu yang bertajuk "Pembeli
Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek
Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan". Malah,
isu berkenaan juga telah disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan selepas
itu.
Namun difahamkan, sehingga ke saat ini tiada sebarang tindakan
yang dilakukan oleh pihak pemaju mahu pihak pihak yang berkenaan untuk
menyelesaikan masalah ini.
Difahamkan juga, rata-rata pembeli adalah
pegawai kerajaan yang antara mereka termasuk guru dan juga kakitangan
sebuah IPT di Pekan.
Kawasan rumah telah dinaiki semak samun gara-gara projek terbengkalai!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.