Followers

Monday, April 16, 2012

Kes Rogol Gadis Bawah Umur Belum Ditutup Lagi ?"

Bus Ma
 
Pada 30 Ogos 1994, seorang gadis bawah umur yang berusia 15 tahun telah dikenakan "Tahanan Perlindungan" setelah dia dirogol dengan kejam oleh Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik. 
 
Inilah sikap UMNO dan Dr Mahathir. Rakyat yang dirogol dan dizalimi dimasukkan ke dalam tahanan, manakala perogol dan penjenayah kejam, Rahim Thamby Chik dibiarkan bebas dan berleluasa hanya kerana dia pemimpin dan ahli UMNO.
 
Pada 28 April 1997, ahli politik, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 semata-mata kerana membela gadis bawah umur yang telah dirogol oleh Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.

Pada 1 April 1998, mahkamah UMNO dan BN telah bertindak kejam dan zalim apabila menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap Lim Guan Eng yang bersusah payah membela gadis bawah umur yang dirogol oleh pemimpin UMNO, Rahim Thamby Chik. 
 
Beginilah sikap zalim dan ganas kerajaan UMNO. 
 
Perogol dan penjenayah kejam dibiarkan bebas, tetapi gadis yang dirogol serta orang yang membelanya dimasukkan ke dalam tahanan. Inilah sikap UMNO yang mengatakan mereka parti yang membela rakyat.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.