Pada
hari ini ramai di antara kita telahpun memerhati bagaimana beberapa
buah negara Eropah yang telah tumbang dan terus menjadi bankrap akibat
daripada krisis matawang Euro yang sedang berlaku.
Sepanyol,
Itali, Greece adalah di antara negara di benua itu yang paling awal
mengalami kebankrapan akibat krisis matawang tersebut, sementara
kerajaan di beberapa buah negara lagi mulai goyah akibat tidak dapat
bertahan dengan kejatuhan teruk matawang itu dan juga ekonomi
masing-masing yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Selain
daripada itu, keadaan yang serupa turut mempengaruhi Amerika Syarikat
yang mana defisit belanjawannya telahpun mencecah begitu tinggi
sehingga menyebabkan ekonomi kiasa besar itu turut terancam dengan
ditambah lagi dengan kadar inflasi yang semakin runcing.
Bagaimana perbendaharaan kerajaan itu diuruskan akan dijadikan penentu yang mutlak sama ada sesebuah kerajaan itu cekap, berhemah dan akan dapat bertahan di dalam suasana dan krisis ekonomi yang sedemikian.
Bagaimana perbendaharaan kerajaan itu diuruskan akan dijadikan penentu yang mutlak sama ada sesebuah kerajaan itu cekap, berhemah dan akan dapat bertahan di dalam suasana dan krisis ekonomi yang sedemikian.
Malaysia
tidak terkecuali di dalam menghadapi situasi tersebut. Menteri di
jabatan perdana menteri Datuk Seri Idris Jala pernah memberi amaran
pada tahun 2010 yang lalu bahawa negara ini akan mengalami kebankrapan
jika sekiranya subsidi-subsidi di luar sana tidak ditarik balik dengan
segera.
Walaupun
terdapat beberapa percanggahan pada angka yang dibentangkan, namun
ramai di antara kita yang akan menyetujui defisit belanjawan negara
ini perlulah dikurangkan dengan segera dan bukan sebaliknya. Sama ada
ianya akan dapat dicapai, itu yang menjadi persoalan sekarang
berdasarkan kedudukan defisit kerajaan BN yang telahpun berrlarutan
selama 14 tahun lamanya yang tidak pernah dikurangkan.
Belanjawan
2012 yang dibentangkan oleh perdana menteri dan presiden Umno Najib
Razak pada tahun lalu telah menyaksikan defisit yang semakin
meningkat. Apakah yang sedang berlaku? Jikalau defisit belanjawan
negara ini makin naik dan dengan mendadak sekali pada setiap tahun,
sudah pasti terdapat sesuatu yang tidak kena sedang atau telah berlaku
selama ini dan begitu juga dengan cara BN menguruskan perbendaharaan
negara.
Belanjawan Pulau Pinang dan Selangor
Xetelah
kita melihat bertapa peritnya belanjawan kerajaan persekutuan BN yang
terus mengalami defisit selama 14 tahun berturut-turut, mari kita
melihat pula bagaimana belanjawan di negeri Pulau Pinang dan Selangor
diuruskan sejak daripada bulan Mac 2008 yang lalu sehinggalah kini.
Pembentangan
belanjawan pada setiap tahun adalah merupakan masa yang tepat untuk
menilai prestasi sesebuah kerajaan dalam pengurusan kewangan sama ada
ianya dilakukan dengan cekap, amanah dan telus atau sebaliknya.
Di
dalam ucapan pembentangan belanjawan, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng memberikan tema “perbelanjaan berhemah”, “penggurangan beban
hutang negeri”, “meningkatkan pendapatan kerajaan”, dan “pengurusan
kewangan berasaskan konsep CAT (Cekap, Akauntabel, Telus)”, sementara
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula menawarkan tema
“pendapatan negeri untuk faedah rakyat” dan “pengurusan kewangan yang
cekap”.
Ya,
sememangnya tema-tema yang dikemukakan oleh Guan Eng dan Tan Sri
Khalid bagi belanjawan negeri masing-masing bukan sekadar cakap-cakap
kosong sahaja kerana kedua-dua kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor
telah berjaya membuktikan kebolehan mereka dalam pengurusan tadbir
yang jauh lebih baik daripada BN ataupun Umno.
Di
Pulau Pinang, umpamanya, kerajaan negeri telah berjaya mengurangkan
defisit negeri daripada RM630.2 juta pada tahun 2008 (sebelum Mac)
kepada RM29.7 juta pada tahun 2011. Ia menunjukkan kadar penurunan
defisit negeri sebanyak 95.3% dalam masa tiga tahun sahaja, iaitu suatu
pencapaian yang begitu memberangsangkan dari segi pengurusan kewangan
kerajaan negeri.
Perkara
yang sama juga telah dibuktikan di negeri Selangor apabila kerajaan
negeri telah mencatatkan kenaikan simpanan tunainya yang paling tinggi
sekali dalam 28 tahun, jumlah RM1.2 bilion yang merangkumi RM946.7
juta dalam bentuk tunai sementara bakinya terletak di dalam tabung
amanah negeri. Data yang diperolehi daripada perbendaharaan negeri
Selangor telah menunjukkan pencapaian negeri Selangor yang begitu
memberangsangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih teraju
pemerintahan negeri pada tahun 2008 yang lalu.
Peningkatan
rizab tunai kerajaan negeri Selangor juga membuktikan pengurusan
kewangan yang lebih efisien serta pengurusan sumber-sumber negeri yang
lain, pungutan hasil yang tertunggak dan pengurusan aset negeri yang
lebih teratur dan profesional.
Kedua-dua
kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor telah membuktikan komitmen
mereka dengan sumber kewangan negeri yang ada bagi membantu proses
pendemokrasian dengan menggalakkan penyertaan dan perdebatan
masyarakat, memastikan agar ketelusan dan akauntabiliti terjamin
sepanjang masa.
Di
Pulau Pinang contohnya, kerajaan negeri telah membentuk sebuah
Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bagi memajukan kaum hawa
dengan pelbagai program, latihan dan pembangunan. Indeks akauntabiliti
turut diperkenalkan kepada semua kakitangan kerajaan negeri bagi
memastikan ketelusan petadbiran dan pengurusan.
Kerajaan
negeri Selangor pula telah memperkenalkan “Geran Selangorku” di mana
pelbagai peruntukan akan disalurkan bagi membantu kaum wanita, latihan
untuk para peniaga kecil, pengukuhan demokrasi, sumbangan kepada
aktiviti kebudayaan dan masyarakat.
Dalam
pada itu, kedua-dua belanjawan negeri juga turut memperuntukan jumpah
yang berpatutan untuk keselamatan sosial dan juga bantuan untuk
keluarga-keluarga yang miskin dalam negeri-negeri tersebut.
Kedua-dua kerajaan negeri tersebut sememangnya patut diberikan kepujian kerana langkah-langkah yang telah diambilnya itu jelas memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat jelata. Adakah rakyat menikmati keindahan sedemikian sewaktu pemerintahan BN dan Umno?
Kedua-dua kerajaan negeri tersebut sememangnya patut diberikan kepujian kerana langkah-langkah yang telah diambilnya itu jelas memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat jelata. Adakah rakyat menikmati keindahan sedemikian sewaktu pemerintahan BN dan Umno?
Pembentangan
belanjawan negeri yang berdasarkan tumpuan yang lebih menyeluruh
terhadap pembangunan ekonomi dan rakyat di negeri masing-masing sambil
memberikan penekanan kepada pencapaian dan mutu perkhidmatan serta
pengurusan kewangan yang lebih efisien, teratur dan profesional.
Dengki Umno makin mendalam terhadap kejayaan Pakatan Rakyat
Dengan
negeri Pulau Pinang dan Selangor yang semakin mengecapi kejayaan demi
kejayaan di dalam pentadbirannya baik dari segi pengurusan kewangan,
mahupun kebajikan rakyat, Umno pula mula merasakan yang kedudukan
mereka yang semakin goyah.
Ini adalah kerana, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memperbetulkan berbagai-bagai bentuk kesilapan dan penyelewengan lampau sehinggalah bulan Mac 2008 yang lalu dan dibongkarkan pula dengan pelbagai salahguna kuasa, rasuah dan penawaran tender-tender serta projek yang tidak mengikut peraturan dan melanggar undang-undang yang telah lama dilakukan oleh Umno.
Dan oleh kerana Umno telah tidak dapat bertahan dengan pembongkaran mengenai pelbagai bentuk salahlaku dan perbuatan jahatnya sebelum ini, para pemimpin Umno mula beralih pula kepada taktik bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada dosa-dosa lampau Umno dengan membangkit isu-isu perkauman dan agama.
Dari
Pulau Pinang sehinggalah ke Selangor gertakan perkauman Umno semakin
ganas dan mengancam dengan pelbagai bentuk dakwaan dan tuduhan
kononnya kedua-dua kerajaan negeri tersebut telah meminggirkan
masyarakat Melayu, orang-orang Melayu diseksa, tanah orang Melayu
dirampas, para peniaga dan penjaja Melayu dihalau, surau-surau diroboh,
tanah masjid dijual kepada pemaju Cina dan macam-macam lagi yang
bertujuan untuk membangkitkan api kemarahan dan kebencian masyarakat
Melayu terhadap kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.
Dengan tindakan sedemikian rupa, Umno berharap akan dapat memperoleh semula sokongan orang-orang Melayu terhadapnya dan pada masa yang sama dapat mengalihkan tumpuan masyarakat Melayu terhadap kejayaan urus tadbir kewangan, ekonomi dan kebajikan di kedua-dua negeri oleh Pakatan Rakyat dan juga segala dosa-dosa serta pengkhianatan yang telah Umno lakukan selama ini terhadap orang-orang Melayu.
Umno sememangnya telah kehabisan modal untuk terus memerintah dan oleh itu, mereka akan terus menyemarakkan lagi sentimen perkauman, keganasan, dengki dan kebencian terhadap mana pihak yang cuba membongkar rahsia jahatnya.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.