Pakatan minta bukti jika Umno mahu suruhanjaya
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, perlu ada asas yang kukuh sebelum menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja dalam isu dakwaan kononnya pemimpin pembangkang telah mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.
Penubuhan Suruhanjaya Diraja itu dicadangkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.
Menurut Salahuddin lagi, perkara tersebut perlu mempunyai laporan lengkap sebelum sebarang cadangan dipersetujui oleh semua pihak.
“Kita mesti mendapatkan bukti yang jelas sekiranya hal tersebut benar-benar berlaku. Sebab itulah saya mempertikaikan perkara tersebut.
“Bagi saya, tiada dalam dasar Pakatan Rakyat (PR) untuk melakukan kebiadaban, mempersenda dan tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, sekiranya hal tersebut jelas dan benar, PR menyokong syor dan cadangan yang diusulkan bagi mengheret pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.
Rabu lalu, beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya menghormati institusi Raja-raja Melayu.
Ia juga sebagai pedoman kepada semua pihak supaya lebih tertib apabila berada dalam majlis rasmi kerajaan dengan mengetepikan emosi walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya ini bagi memastikan dakwaan ini benar ataupun sebaliknya.
“Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati,” katanya. -SH
Ulasan GB
Pertama, GB melihat gesaan pemimpin UMNO untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk menyiasat pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu hanyalah mainan UMNO untuk meburukkan Pakatan.
Tiada ada satu pun yang jelas dari dakwaan itu. Siapa yang bercakap, apa yang diperkatakan, dan perkara apa yang dipersendakan. Ia hanya hanya rekaan semata-mata berdasarkan kepada tulisan seorang pro-UMNO yang bernama Dr Rahman Kadir dalam facebook yang mendakwa "berada berhampiran beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebelum mendengar perbualan mereka yang mempersendakan pemimpin negara dan raja-raja Melayu."
Itu saja yang menjadi asas kepada tuduhan mereka. Tetapi mendesak sehingga Suruhanya Diraja ditubuhkan.
Sedang umum mengetahui siapa sebenarnya sebelum ini yang bukan saja telah mempersenda raja-raja, malah menghina mereka dengan perlakuan dan perkataan yang dasyat?
Kedua, GB juga melihat tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang disokong oleh Hishamuddin Tun Hussein berkenaan dengan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu hanyalah helah daripada desakan PAS supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes pemberian IC kepada warga asing.
Jika di dalam kes dakwaan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda raja lansung tiada bukti, tetapi didalam kes pemberian IC kepada warga asing amat jelas bukti yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan menderetkan nama-nama mereka yang terlibat termasuk pegawai kanan Najib dan Timbalan pengerusi SPR Malah Mahfuz berkata lebih banyak bukti akan diserahkan kepada Suruhanjaya Diraja tentang isu berkenaan. Mengapa takut untuk memberi respons terhadap tuntutan ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat dakwaan itu?

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.