Isu
perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan,
khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari
wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia
seolah-olah menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh
kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama.
Persoalan utama apakah kewujudan
parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti
politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi
yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan
meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan
perkaumanan – kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita
mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.
Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza
pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut
perlembagaan. Bilamana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita
mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok
yang berbeza. Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka
tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem
demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang
berbeza.
Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan, kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita.
Bagi PAS, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia
adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat
sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan:
Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan
nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan.
Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan
bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan
seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia
seperti agama (aqidah) kerana manusia boleh memilihnya.
Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang.
Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan
masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana
seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang
bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama
pilihan.
Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya.
Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu
itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah,
manakala golongan yang menyokong PAS atau PKR dianggap golongan yang
memecah belah masyarakat Melayu.
Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ianya diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.
Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di
kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi
malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna
kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar.
Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu – dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.
Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan
Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi
pimpinan negara.
Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bilamana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada PAS sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.
Lebih menyayatkan hati, pembohongan ini diterima oleh sebahagian
masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media
perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin
berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari.
Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.