BN Terengganu Semakin Hilang Akal.
Pernah
dengar isu mengenai pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidak?
dimana terdapat beberapa fasa dalam pembinaan itu tidak mengikut
spesifikasi yang ditetapkan, malah lebih pelik jambatan dibina diatas
darat dan sungai akan dibuat dibawahnya kemudian, itu pun tanpa dapat
persetujuan jabatan saliran dan tali air, malah lebih malang lagi
terdapat laporan beberapa bahagian lebuhraya yang dibina itu boleh
membahayakan pemandu.
Paling
best ialah bila sebuah syarikat yang telah mengambil wang pendahuluan
untuk membina projek itu telah mengembalikan tender yang diperolehi
kerana tidak mampu melaksanakan pembinaan, yang anehnya bila proses
pemberian semula tander, masih syarikat sama yang mendapat tander
tersebut.
Lapor SPRM kes LPT2 |
Itu
satu isu di Terengganu, bagaimana binaan untuk rakyat dibuat ikut suka,
belum lagi kes jalanraya dibina diatas jalan yang belum diwartakan,
yang kelak akan menimbulkan banyak masalah.
Itulah
yang dibangkitkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung
Banggol Donas Haji Salleh Embong , beliau yang kesal dengan tindakan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu yang menggelar dirinya
sebagai ‘dajjal’ kerana mempertahankan hak dan menuntut keadilan,
berjanji akan terus menegkkan keadilan dalam isu pembinaan jalan ini.
“Saya
kesal, dia yang digelar ‘Yang Berhormat’ sanggup menggelar saya sebagai
dajjal kerana saya berjuang mempetahankan hak tanah air saya, saya
tidak bersetuju dengan pembinaan jalan dan bersama-sama 18 orang
penduduk kampung menuntut keadilan dan tidak pernah menyakiti mana-mana
pihak,”ujarnya
Haji
Salleh yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus
berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan dirumahnya.
Jambatan Atas Darat |
Beliau
juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) kerana pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Jeram dari
Banggol Tuan Muda Ke Kampung Bukit Guntong tidak mengikut prosedur,
jalan tersebut yang jug melintasi Kampung Banggol Donas tidak
sepatutnya dibina kerana ia belum diwartakan
Beliau mendakwa ada sesuatu yang tak kena dengan pembinaan jalan tersebut kerana ia dibina diatas tanah milik individu yang belum dibayar.
Justeru, beliau akan meneruskan perjuangannya menuntut keadilan selagi kerajaan tidak melakukan keadilan.
“kita
akan teruskan dengan keadilan, kita akan menuntut hak kita selagi
pihak berkuasa kerajaan negeri tidak melaksanakan keadilan kita akan
lawan, lawan atas dasar menuntut hak kita,”tegasnya.
Beliau
memaklumkan, pihaknya telah menubuhkan satu badan bukan kerajaan (NGO)
Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) bagi tujuan
memberikan khidmat dan runding cara secara percuma kepada mana-mana
pihak yag dianiyai dalam isu tanah.
Mungkin
penubuhan GEMPAR itu bukan sahaja mengemparkan ADUN teluk Pasu, malah
Umno terengganu juga akan GEMPAR selepas ini, semakin ramai ahli umno
meninggalkan umno, kerana apa?, kerana perkara seperti ini. dimana
rakyat dipinggirkan hak mereka.
UMNO bela orang melayu?, itu cuma kisah dongeng, UMNO bela Islam?, itu penipuan, Masjid Bujal mereka robohkan.( Video Disini )
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.