Followers

Monday, April 9, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus Gugatkan UMNO Johor? - Ibn_bacoks

 

image
MERSING – Kemunculan Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Uda (BBU) bulan lalu didakwa tidak menyenangkan orang besar UMNO ekoran puluhan ribu anak muda membanjiri masjid tersebut.

Menurut Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, sekatan kuliah itu berkemungkinan akan dibuat kerana berasa bimbang terhadap kesedaran agama dan politik sehingga boleh menyebabkan anak muda ini akan menolak politik rasuah, kroni dan yang menentang syariat.

”Rasanya yang sekat kuliah Ust Azhar Idrus di Johor ‘orang besar’ Johor yang jaga agama selepas kuliah beliau yang terakhir bulan lepas di Masjid BBU yang berjaya menarik kehadiran puluh ribu anak muda.

”(Sekatan itu dibuat kerana) bimbang anak muda faham agama dan ada kesedaran politik, yang penghujungnya pastinya anak muda ini akan tolak politik rasuah, politik kroni, politik yang tidak berdasarkan syariat.

”Maka jalan untuk sekat kesedaran dan kebangkitan ini, caranya halang kuliahnya,” ujar beliau yang dipetik laman rasmi facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Ustaz Azhar Idrus pendakwah bebas yang tersohor dalam negara pada program Jom Gi Kuliah yang dijadualkan bakal di adakan di Masjid At-Tanwir Kampung Semanyir, Endau, Johor pada sabtu 14 April ini.

Azam yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau bagaimanapun tidak menyatakan individu yang melakukan sekatan itu namun hanya menyebutnya sebagai berjawatan wakil rakyat.

”Soalnya, Cepu mas. Siapakah orang besar bertaraf YB di Johor yang diamanahkan jaga agama tuh?” katanya lagi.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.