SUBANG JAYA: Penyanyi Datuk Siti
Nurhaliza Taruddin mendedahkan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa atau
Datuk K agak tertekan selepas timbul gosip kononnya suami beliau itu
telah menjalinkan hubungan sulit dengan pelakon popular, Rozita Che Wan.
Siti berkata, disebabkan
suaminya seorang ahli korporat, beliau sering berjumpa dengan klien dan
mereka kerap bertanyakan desas-desus berkenaan sehingga membuatkan
fikiran Datuk K benar-benar terganggu.
"Gosip itu secara dasarnya telah
memfitnah beliau dan sudah tentu menjejaskan emosinya kerana beliau
telah dipandang serong oleh segelintir kenalan," ujarnya kepada mStar
Online selepas ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Datuk Siti
Nurhaliza - Istimewa Hari Ibu di sini pada Isnin.
Siti diminta mengulas mengenai
dakwaan terbaru yang disebarkan oleh beberapa blog hiburan kononnya
Datuk K bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan.
Rozita dalam masa sama turut menepis fitnah tersebut dan menganggap ia bertujuan untuk mengaibkan dirinya.
Dalam pada itu, Siti berkata,
dia mempercayai keikhlasan Datuk K dan tidak pernah mempunyai perasaan
curiga kerana mereka sering bersama.
"Saya kenal siapa Datuk K kerana
dan sepanjang perkahwinan kami belum pernah ada perasaan sangsi di
antara satu sama lain. Tambahan pula, kami sering bersama," ujar Siti.
Jelas Siti, ketika gosip
tersebut tersebar dia tidak pernah bertanyakan perkara itu kepada
suaminya kerana menganggap ia sebagai satu fitnah semata-mata.
Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid.
Malah beliau percaya jika perkara itu dibangkitkan, ia akan merosakkan rumah tangga mereka.
Sementara itu, ditanya adakah
beliau ada berbincang dengan Rozita mengenai tuduhan itu, Siti
memberitahu dia tidak perlu berbuat demikian.
“Rozita juga adalah mangsa dan
hubungan kami tidak mempunyai sebarang masalah. Rozita sendiri sudah
menafikan perkara itu dan tidak perlu rasanya untuk saya berjumpa dan
meminta penjelasan,” katanya.
Hallo Siti, dulu waktu awak ambik dt K. mantan istri dia pun kenal awak. Bukankah itu sama. hi hi hi. Karma...karma.
ReplyDeletedulu dia rampas laki orang, la ni mungkin ada orang lain pulak yg cuba nak rampas laki dia.. baru kena..
ReplyDeleteSesuai sangat2...
keh keh keh keh keh keh..