Followers

Monday, April 30, 2012

Dataran Merdeka: Umno Berjaya Membodohkan Penyokongnya dan membahalolkan Penyokong Pakatan


Kerajaan Rakyat: Nasib baik ada Dataran Merdeka, dapatlah Umno haramjadah dan bloggers pencacai Umno serta bloggers pro Pakatan yang lemah minda gunakan isu rempuh Dataran Merdeka sebagai bahan cerita di blog-blog mereka. Isu sebenar tentang penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan keganasan polis dikesampingkan. Umno telah berjaya bukan hanya membodohkan ahli dan penyokong mereka tetapi Umno/BN juga turut meraih kejayaan membahalolkan penyokong dan sebahagian bloggers Pakatan Rakyat yang lemah mindanya. Tahniah Umno!



Anwar Ibrahim berkata, tindakan peserta merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka bukan isu tetapi isu lebih besar dibangkitkan adalah penipuan pilihan raya, kezaliman kerajaan dan penafian rakyat untuk berhimpun.
“Hak untuk memasuki Dataran Merdeka adalah hak rakyat. Dataran Merdeka tidak ‘merdeka’ pada masa itu dan kita mahu memerdekakannya. Adakah itu satu jenayah yang besar?
“Isu utama yang kita bangkitkan ialah penipuan pilihan raya. Kezaliman kerajaan Umno BN menindas rakyat. Rakyat dinafikan hak untuk berhimpun. Beratus-ratus peserta dipukul dengan kejam. Adakah ia bukan jenayah?” soal Anwar mengulas tuduhan media kerajaan kononnya beliau menghasut orang ramai merusuh untuk memasuki Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
“Isunya semata-mata barricade. (Rakyat) 300,000 berhimpun bukan isu? Tuntutan untuk adakan pilihan raya bersih bukan isu? Beratus keluar yang kena pukul di kawasan itu ada tak dibangkitkan?” soal Anwar lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.