Followers

Friday, April 20, 2012

Anwar kecam tindakan samseng (gambar-gambar Anwar bertemu Mahasiswa di Dataran Merdeka)





Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan kepada mahasiswa semata-mata berbeza pendapat mengenai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sambil mengutuk keras insiden serangan samseng yang dipercayai didalangi Umno-BN di Dataran Merdeka malam semalam, Ketua Pembangkang itu berkata, Malaysia bukan negara samseng yang membolehkan sesetengah pihak bertindak sesuka hati.

“Jangan gunakan kuasa rakus mereka untuk memukul anak-anak ini. Siapa yang memberi hak kepada mereka? Apakah samseng boleh mengatasi undang-undang? Ini bukan kali pertama, saya pernah diserang, Nurul Izzah hampir ditumbuk, sebelum ini di Lembah Pantai Adam Adli diserang.

“Kali ini mahasiswa di Dataran merdeka pula diserang. Apa mereka ingat ini negara samseng? Adakah Datuk Seri Najib tidak rasa bertanggungjawab sedikit pun? Bukankah dia merupakan seorang ‘ayah’ kepada anak-anak ini? Apakah menteri dalam negeri boleh lepas tangan begitu sahaja?” bidas Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malam semalam, sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

Lebih mendukacitakan, polis enggan memberi bantuan walaupun balai polis bergerak terletak beberapa meter dari tempat kejadian.

Anwar mempersoalkan sikap double-standard kerajaan yang gagal bertindak tegas setiap insiden yang melibatkan penyokong Pakatan Rakyat tetapi dalam masa sama bertindak tegas apabila melibatkan penyokong Umno-BN.

“Ini bukan soal politik, ini soal jenayah.Apa kata kalau ada seorang penyokong umno yang diserang seperti itu, ia akan menjadi isu besar. Umno kena belajar berbeza pendapat dan menghormati hak masing-masing,” tegasnya.














Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.