Baru-
baru ini Mahathir tua telah sekali lagi menimbulkan kekeliruan, bukan
sahaja orang bukan islam makin tak paham tentang islam dibuatnya, malah
ramai pencacai-pencacai umnoapco yang mengangguk tanda setuju dengan
hujah-hujah Mahathir tua.
Mahathir tua yang punyai kawan rapat berbangsa yahudi (baca artikel itu)
itu mulai sesat lagi, malah sekarang mahu pula turut menyesatkan ramai
orang. dia bercakap soal hukum ALLAH melalui logik akalnya, bukan
berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
Kerana itulah dia berani mengkritik hukum ALLAH, seorang islam yang takutkan tuhannya pasti tidak akan berani mengkritik dan memperlekeh hukum ALLAh, tapi si tua ini sangat berani, malah berani menyatakan hudud tiada dalam Al-Quran.
Kerana itulah dia berani mengkritik hukum ALLAH, seorang islam yang takutkan tuhannya pasti tidak akan berani mengkritik dan memperlekeh hukum ALLAh, tapi si tua ini sangat berani, malah berani menyatakan hudud tiada dalam Al-Quran.
Tonton Video di bawah.
Nah,
jenis manusia ini layak kah kita ambil kata-katanya untuk kita guna
pakai, layak kah dia berlakon suci dan kononnya anti Israel?, sedangkan
jelas sekali dia ini seorang yang suka bercakap tentang hukum ALLAH
mengikut logik akalnya sahaja.
Masih ingatkah lagi saat tua ini menghina janggut nabi? siapa tua ini untuk menghina kekasih ALLAH?..
Baca pula kenyataan si tua ini mengenai Islam..
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif."- Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
2. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti"- Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
3. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?"– Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
4. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."- Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
5. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
6 “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
7. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
8. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.
9. “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
10. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
11. “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
12. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
13. “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
14. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”- Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
15. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”- Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
16. “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”- Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
17. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama"- Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
18. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
19. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”- Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
20. “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”- Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Tun
Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga
orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor
Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor
Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan
di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah
ditangkap oleh lima pegawai JAIS.
Lanjutan
daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato’ Ishak Baharom
ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana
bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana
menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah
Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.
Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.
1. “Saya
bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang
semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu
orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah
waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi.
Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan
nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini
mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’.
Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
- Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. "Ajaran
ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka
semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini,
berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa
hidup mereka”
- Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)
Persoalannya,
mengapa Mahathir tua ini sangat berani menentang dan mempertikai hukum
ALLAH, dia menghina hukum hudud dengan mengambarkan bahawa setiap
pertuduhan mencuri pasti dikenakan hudud, tidak kah si tua itu tahu
melaksanakan hukum hudud itu tidak semudah itu, perlu ada saksi dan
perlu ada perbicaraan,
Apakah si tua itu lebih bijak dari ALLAh sehingga begitu berani menentang hukum Allah, mengapa begitu berani situa ini menghina suruhan menutup aurat. berani menghina sunnah nabi?
Apakah si tua itu lebih bijak dari ALLAh sehingga begitu berani menentang hukum Allah, mengapa begitu berani situa ini menghina suruhan menutup aurat. berani menghina sunnah nabi?
Si
tua cuba mengelirukan masyarakat bukan Islam, apakah "potong tangan"
itu sangat sinonim dengan hudud, mengapa hukum hudud itu mahu diberi
paham dengan istilah "potong tangan"?, apakah mahathir mahu
menakut-nakutkan bangsa lain yang tidak beragama Islam? atau memang
mahathir sudah sesat malah mahu menyesatkan orang ramai, padahal hukum
ALLAH itu seadil-adil hukuman. atau mahathir amat meyakini hukum manusia
lebih baik dari hukum yg ditetapkan oleh Penciptanya?.
Persoalannya bagaimanakah "tangan" dan "kaki" mahathir mahu jawab bila kelak disoal di hari pembalasan?..
Hukum ALLAH, persolan mudah yang "tukanglawan" mahu tanya anda, antara mahathir dan ustaz Azhar Idrus, mana satu penjelasan bab agama mahu anda ambil dan ikut?, ustaz Azhar atau bekas perdana menteri bernama mahathir?
Persoalannya bagaimanakah "tangan" dan "kaki" mahathir mahu jawab bila kelak disoal di hari pembalasan?..
Hukum ALLAH, persolan mudah yang "tukanglawan" mahu tanya anda, antara mahathir dan ustaz Azhar Idrus, mana satu penjelasan bab agama mahu anda ambil dan ikut?, ustaz Azhar atau bekas perdana menteri bernama mahathir?
infotukanglawan@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.