Ahli
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain
mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long,
Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini.
Lee
seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan
kira-kira 20 bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan
memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju
hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat
kejadian.
Mereka
kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya
memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam
kumpulannya hingga rebah.
Lee
berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya,
tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu.
"Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi.
Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya.
Lee
mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,
Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat
kacau?"
Lee
menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput'
dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?"
Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada Noh, telah menolaknya.
Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ.
Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya.
Berucap
di majlis itu kemudiannya, perdana menterimengumumkan pemansuhan
bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran
90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah
malam ini.
Katanya,
keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap
menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau
pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.
Sekolah
itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik
darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan. - Malaysiakini
noh omar menteri nak tunjuk samseng....pru13 kamu akan terima padahnya,,
ReplyDelete