Perhatian rakyat Malaysia telah beralih kepada Peguam Besar yang popular, Gani Patail, kerana ingin tahu jika dia akan mengeluarkan waran tangkap bagi suami Menteri hal ehwal wanita Shahrizat Jalil, yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan NFC yang berjumlah RM250mil.
Gani yang sering dituduh rasuah dan menjadi pak turut kerajaan persekutuan pimpinan Umno, dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada hujung minggu yang lalu, terpulang kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya, ia mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah isyarat kepada Gani untuk tidak tunduk kepada tekanan daripada orang ramai, pihak pembangkang dan Umno sendiri, untuk bertindak ke atas kes yang memakan masa yang lama itu.
Najib
sebenarnya memberi respon terhadap berita bahawa polis telah
mengesyorkan supaya dakwaan pecah amanah dikenakan keatas Salleh Ismail,
pengerusi NFC, walaupun timbalan ketua polis, Khalid Abu Bakar
sebelumnya telah mengumumkan pada bulan November bahawa siasatan tidak
menunjukkan apa-apa "elemen" pecah amanah .
Sesungguhnya, skandal
NFC penuh dengan misteri kerana hampir semua kumpulan-kumpulan utama
dalam parti Umno terlibat dalam perjanjian itu. Projek itu sendiri
bertujuan untuk membangunkan industri penternakan lembu di Malaysia dan
telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat serta keluarga untuk
diselia pada tahun 2006.Sebuah pinjaman kerajaan berjumlah RM250mil
telah diberikan bagi pembiayaan projek itu tetapi pemimpin-pemimpin
pembangkang yang diketuai oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan
ketua wanita Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan bahawa keluarga
Shahrizat menggunakan sebahagian besar pinjaman untuk tujuan peribadi
termasuk membeli kondominium mewah, kereta,bercuti di luar negara dan
sebagainya.
PN mesti bertindak dengan profesional
Menyeru
pentadbiran Najib untuk berhenti menundakan kes ini, naib presiden
PAS, Salahuddin Ayub adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang memberi
amaran keras terhadap menggunakan Gani sebagai alasan untuk menghalang
atau melambatkan tindakan terhadap Salleh baru-baru ini.
"Apa
yang penting ialah Peguam Negara mesti bertindak mengikut fakta kes.
Saya berharap mereka akan menyelesaikan perkara itu secara
profesional," Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian,
memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.
Salahuddin bimbang
akan komen terbaru Perdana Menteri mengenai perkara itu, yang
membayangkan bahawa ada kemungkinan tiada pendakwaan akan dilakukan
oleh pentadbiran beliau. Perdana Menteri berkata Peguam Negara memegang
kuasa mutlak di bawah Perlembagaan untuk memutuskan sama ada sesuatu
kes mempunyai bukti yang mencukupi untuk diterima di mahkamah,
kegagalannya akan menyebabkan kes dikembalikan semula kepada polis
untuk siasatan semula.
"Saya menyatakan ini berdasarkan prinsip
bahawa andaian tidak boleh dibuat ke atas apa yang akan berlaku
seterusnya kerana ia terpulang kepada Peguam Negara .dan hanya dia
mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam perkara ini. Kita tidak
boleh membuat andaian bahawa semua siasatan berakhir dengan pendakwaan,
"kata Najib kepada pemberita pada hari Ahad.
Najib dan
pengikutnya telah dipersalahkan kerana memulakan kejatuhan NFC kerana
memberi maklumat tentang penyalahgunaan dana dengan tujuan untuk
menjatuhkan Shahrizat dan menggantikannya dengan Raja Nong Chik sebagai
calon bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umun yang
akan datang. Ia dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.
Najib,
bagaimanapun, tidak bersedia apabila skandal meletup dan sekarang
sedang dipersalahkan kerana mengurangkan peluang Umno untuk menang pada
PRU ke-13. Dipercayai bahawa dia kini sedang membuat perjanjian dengan
Shahrizat untuk tidak mendakwa beliau, dengan syarat dia meletak
jawatan dari kabinet dalam masa terdekat.
Memalukan Muhyiddin dan Badawi secara berterusan
Pemerhati
Umno percaya bahawa dia kini sengaja memanjangkan drama NFC kerana
puak saingan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad
Badawi dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam kes itu.
Badawi
yang juga mantan Perdana Menteri telah memberikan projek kepada
keluarga Shahrizat untuk diurus. Pesaing berpotensi Najib dalam
perlumbaan untuk merebut jawatan presiden Umno, Muhyiddin Yasin,
merupakan bekas Menteri Pertanian yang menanda tangani secara rasmi
pemberian projek kepada keluarga Shahrizat. Dengan memainkan skandal
NFC, Najib berharap untuk menjatuhkan kedua-dua Badawi serta Muhyiddin.
"Najib
akan memaksimumkan pengunaan media untuk memalukan Muhyiddin, KJ dan
puak Badawi, jadi jangan mengharapkan tindakan pantas atau keputusan
daripada Peguam Negara. Taktik ini memberi kelebihan kepada Najib dan
beliau akan menggunakannya sepenuhnya. Kepada rakyat, sudah tentu dia
akan menyanyikan lagu yang berbeza dan tali barutnya akan pergi
menyebarkan pelbagai jenis cerita untuk cuba memisahkan diri daripada
skandal NFC, "kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
"Tetapi
saya tidak fikir ia akan berjaya memperdayakan orang ramai kerana
mereka tahu Umno tetap meraih keuntungan daripada pendedahan kes
Shahrizat dan sekarang ia cuba dipanjangkan dengan membabitkan Muhyiddin
dan Badawi supaya nama mereka juga tercemar. Yang rugi adalah Umno,
secara keseluruhannya kerana politik kotor tetap akan memakan
presidennya juga. "
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.