IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan
bahawa PAS Perak berpandangan rasuah yang berlaku dalam Negara ini hanya
dapat dibenteras dengan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU
13 ini.
Buktinya isu projek lembu Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang telah diseleweng oleh pemimpin UMNO BN yang melibatkan ratusan juta duit rakyat.
Buktinya isu projek lembu Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang telah diseleweng oleh pemimpin UMNO BN yang melibatkan ratusan juta duit rakyat.
Kerajaan
Barisan Nasional telah menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia,
seluruh rakyat Malaysia umum mengetahui bahawa cabinet kerajaan Malaysia
terdiri dari menteri-menteri yang beragama Islam, jelas beliau.
Menurut
beliau lagi, berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana budaya
rasuah yang berlegar dikalangan pemimpin umno bn yang memegang jawatan
dalam kerajaan Malaysia.
Tegas
beliau lagi, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara ajaran Islam dan
tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan
menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.
“Satu-satunya
cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran
Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan Islam hanya apabila tersepit
sahaja” ujar beliau.
“Bayangkan
sekiranya duit yang berbilion ini yang tiris dan bocor kerana rasuah
digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat , maka InsyAllah negara Malaysia
akan lebih maju lagi.”tegas beliau.
“Rakyat
Malaysia diseru untuk bersatu menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya
yang akan datang untuk memastikan duit dan harta rakyat Malaysia
selamat” seru beliau lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.