(promosi asal yang terpaksa diubah tempat ke depan Petronas Pekan Rantau)
6
Febuari lepas telah dijadualkan satu ceramah di Pekan Kuala Sawah dalam
Dun Rantau dan Parlimen Rembau. Namun ketika persiapan tapak dilakukan
pada hari tersebut sekitar jam 6 petang sekumpulan lelaki dengan
diketuai oleh Ketua Kampung Kuala Sawah telah hadir dengan bersenjata
parang.
Ketika
kekecohan berlaku di lokasi yang hanya jaraknya sekitar 300 meter dari
Balai Polis Kuala Sawah ada anggota polis telah datang dan selepas
bercakap dengan ketua kumpulan penyerang (ketua kampung) anggota polis
terus beredar. Malah kemudian PKR telah membuat laporan polis mengenai
serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan
hanya kerana dia ketua kampung lantikan Menteri Besar NS.
Serangan
bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman
apabila Ketua Kampung lantikan Umno ini mencarut dan memaki hamun
petugas-petugas berbangsa India yang ada bersama termasuk ugut 'mandi
darah'.
Pada masa yang sama apabila
berita ini tersebar ada juga sekumpulan orang kampung yang menyokong PR
dalam perjalanan untuk datang ke lokasi. Untuk elak kejadian kami buat
keputusan ceramah tersebut ditangguhkan sahaja.
Di lokasi hampir sama tetapi
diubah sedikit di perkarangan rumah Sdr. Selvam ahli Jawatankuasa PKR
Rembau namun masih di Pekan Kuala Sawah. Sejak semalam telah disebarkan
sms dari Ketua Kampung memanggil orang Umno berkumpul untuk
'menghancurkan' prog. pembangkang di kawasan Menteri Besar (DUN
Rantau). Malah sejak pagi tadi kami mula mendapat panggilan dari pihak
polis yang 'menasihati' agar program tersebut dibatalkan kerana mahu
elak kekecohan.
PKR amat kecewa dengan sikap
polis yang jelas lemah dalam menjamin kententeraman dan akur dengan
gangsterisma Umno. Demokrasi sudah tiada tetapi negara sudah semakin
menjadi hukum rimba.
Mengambil
sikap mengelakan kekecohan maka program diubah sedikit lokasi tetapi
masih diteruskan. Mohon semua untuk hadir sama membantu kami menggempur
kawasan yang konon kubu kuat Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua
diharap sebarkan makluman dan hadir beramai ramai.
CERAMAH UMUM
6 Mac 2012, 9mlm
hadapan Pejabat PKR Pekan Rantau
(depan Petronas Pekan Rantau)
bersama
- Sdr. Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)
- YB Taufek (P/jaya PAS NS)
- che'GuBard (Ketua Cabang PKR Rembau)
- Dr. Ahmad (Penyelaras SAMM)
Umno
sebenarnya makin lemah mereka panik apabila makin ramai rakyat
mengetahui maklumat sebenarnya oleh kerana makin sedar mereka makin
gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otat
pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba.
edyesdotcom
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.