Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini.
Sesi
kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia
adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13
diadakan.
Sivarasa
berkata usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap
18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara
yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.
"Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan," kata Sivarasa.
Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.
Seorang
lagi pemimpin PKR, Zuraidah Kamaruddin, pula akan memfailkan usul
tergempar bagi membincangkan skandal National Feedlot Corporation (NFC)
yang telah menggoncangkan pentadbiran Najib sejak Oktober tahun lalu
pada Jumaat ini.
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.