Followers

Tuesday, March 20, 2012

Penyelia KEMAS; Rumah RM1 juta, kereta baru RM140,000 dan SUV RM140,000 mohdnoorawang


Seorang Penyelia KEMAS Daerah Kemaman, merangkap setiausaha UMNO Bahagian Kemaman diberitakan dan menjadi bualan penduduk Bandar Chukai, Kemaman dikatakan memiliki sebuah rumah berharga hampir RM1 JUTA, memiliki kereta mewah baru berjenama "camary dan wish". 

Untuk rekod gaji seorang penyelia KEMAS sekitar RM1500 hingga RM2000. Untuk rekod juga Dato Seri Ahmad Said menteri besar Terengganu merangkap Ketua Bahagian UMNO Kemaman dan Ketua perhubungan UMNO Terengganu.

(sila layari  Buletin Online untuk berita lanjut).
Maklumat diatas telah didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Bin Mat sempena lawatan Ketua Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Wahid Endut di DUN Chukai.

Terbukti UMNO dan pemimpinnya hanya bercakap kosong tentang isu rasuah. Namun rasuah dan salahguna kuasa telah menjadi amalan yang wajib. *****uh terbaik sekali ialah Perdana menterinya Datuk Ha Najib Razak yang terlibat dengan rasuah puluhan juta sehingga membawa kematian gadis Monggolia.

Kes Najib dengan pembelian kapal selam akan dibicara di Perancis seperti yang didedahkan dalam berita maya. Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu juga dikhabarkan terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah. Namun sukar dibuktikan dengan jelas. Namun rakyat Terengganu dapat menghidu gerakkerja Ahmad Said. Orang Kemaman sudah tahu cerita dan kegiatan Ahmad Said menggunakan bangsa China Kemaman sebagai proksinya.

Dalam isu penyelia Kemas Kemaman dan seorang setiausaha UMNO Bahagian Kemaman (ketua bahagian UMNO Kemaman Ahmad Said) perlu disiasat oleh pehak berkuasa seperti SPRM agar tidak menjadi fitnah. Jika benar ianya memiliki rumah RM1 Juta, dua kereta mewah dengan gaji bulanan RM2000 sebagai Penyelia Kemas adalah tidak lojik.

Tidak hairanlah Najib Razak dalam majlis bertunang anaknya mencecah RM400,000.. Dimana Najib ambil wang yang banyak. Mungkin Najib Razak simpan wang semenjak Najib bergelar YB semasa usia muda.

Kesimpulannya UMNO hidup dengan rasuah dan wang. Salahguna kuasa menjadi amalannya Itulah UMNO dulu kini dan selamanya. Kami ucapkan ribuan terimakseh kepada pemimpin PAS Terengganu terutama Penolong Setiausaha Pas Terengganu Haji Hanafiah Mat dalam menyembarkan kejahatan UMNO.
 
 
Kerengga

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.