Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri
Anak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa
menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di
Mount Kiara pada malam Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.
Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.
Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.
Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.
Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.
Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. - mk
Muslimeen United
Kita undi umno bn memerintah malaysia rupa rupanya kesempatan ini digunakan untuk merompak hasil rakyat dan mengkayakan keluarga mereka kah kah kah .Apa lagi pada pilihanraya akan datang jangan diri kita diperhambakan para peminpin umno bn latnatullah kita tumbangkan mereka biar mereka hidup susah ok.
ReplyDeleteSudah tentu kita akan TOLAK BN pada PRU 13 - JIKA TIDAK....kita akan menyesal seumur hidup kita....sekarang ini pun HUTANG NEGARA sudah cukup untuk MEMBEBANKAN rakyat...setiap sorang dari kita MENANGGUNG RM14,000 hutang negara... so diharap penyokong2 dan pengundi BN....sedar dan insaflah....UNDI LAH PAKATAN RAKYAT...
ReplyDelete