KUALA LUMPUR 16 Mac: Seorang
pengundi membuat laporan polis berhubung ‘kehilangan’ namanya dalam
daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia walaupun beliau
merupakan pengundi berdaftar.
Pengundi itu, Ho Heng Thong (gambar) membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Mac lalu ekoran isu itu.
“Setelah
beberapa kali membuat semakan melalui telefon dan internet, saya dapati
nama saya sudah tiada, padahal sebelum ini saya pernah mengundi
beberapa penggal.
“Saya
merasa pelik kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan SPR dan tujuan
saya membuat laporan ini agar SPR membuat tindakan lanjut,” katanya
dalam laporan itu.
Sementara
itu, dalam kunjungannya ke pejabat KeadilanDaily hari ini, beliau
meminta agar KeadilanDaily mendedahkan penyelewengan itu bagi memastikan
haknya selaku pengundi yang sah dipertahankan.
“Selepas
didedahkan kelak, saya mahu tahu adakah individu lain turut teraniaya
seperti dalam kes ini dan mengapa nama saya tiada dalam daftar SPR
sedangkan pernah mengundi hampir setiap kali pilihan raya umum termasuk
2008,” katanya yang ditemani bekas Ketua Penerangan Pemuda Gerakan
Selangor yang kini anggota KEADILAN, Delren Douglas.
Ho
Heng mendakwa, pada PRU 2008, beliau merupakan pengundi bagi kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanjan dan Parlimen Subang dengan kedua-dua
kerusi itu dimenangi KEADILAN melalui Elizabeth Wong dan R. Sivarasa.
Kali terakhir beliau memeriksa nama dalam daftar SPR pada 9 Mac lalu sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.
“Saya
terdetik mahu periksa nama selepas membaca artikel dalam sebuah akhbar
mengenai sistem SPR yang menjadi pertikaian ramai sebelum mendapati nama
saya tiada.
“Peliknya,
isteri saya yang juga merupakan pengundi di DUN dan Parlimen sama masih
ada nama dalam rekod SPR walaupun kami bersama-sama mengundi di
kedua-dua kawasan itu pada PRU lalu,” katanya.
Oleh itu, beliau berharap SRP segera menyelesaikan masalah dihadapinya itu.
“Saya
belum memeriksa dengan SPR kerana bimbang jika saya merujuk pada SPR
dan tiba-tiba nama saya mereka masukan, maka saya boleh didakwa kerana
membuat laporan palsu dan sebab itu saya mahu akhbar ini dedahkan
dahulu,” katanya.
Sementara
itu, semakan KeadilanDaily dilaman SPR juga mendapati nombor kad
pengenalan yang dimasukan dalam web itu menunjukan agensi kerajaan itu
tiada rekod mengenai beliau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.