Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan,selain dari kegagalan yanglain-lain.
Dilancarkan
setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan
rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada
pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.Bagaimana Najib
boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian,
seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran
rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar
berbagai-bagai keperluan seperti makanan,pengangkutan dan perbelanjaan
lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.
Walaupun
Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan,beliau ada
penasihat,pakar,ahli-ahli dan 1.4 juta kkaitangan kerajaan untuk beliau
mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan
memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada
skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam
PRU ke 13.tetapi ianya menjadi satu kegagalan.
Hal
yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan
Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat
tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan
majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi
dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk
diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.
Tidak
mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan,
hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat
ke 69%.Dakah ianya sesuatu yang dibuat-buat?Adakah kerana bagaimana
soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian
meragukan dikalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan
rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya
dengan keputusan man-mana kajian
Najib
gagal kerana beliau terlalu jahil.Beliau terus meletakkan orang yang
salah di kedudukan yang tinggi.Mereka yang perlu membantu beliau dalam
program transformasi ,tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah
dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau
menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak
perempuan nya.
Ah
Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk
memancing pengundi Cina.Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut
membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat
terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda
kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.
Dana
1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi
RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mem[unyai
latarbelakang yang meragukan.1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin
pembangkang,Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu
melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para
penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang
harga belian yang terlalu tinggi.
Tambahan
pula,program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai
panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah
tahu.Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah
hutang negara terus naik.
Satu
lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda
Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea
yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal,
tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana
pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.
Tetapi
akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula
dengan nasihat dari orang-orang yang salah,akan membawa kepada
kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka,
ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.
Sejak
Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik
pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul
Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam
kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos,Timbalan Menteri
Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.
Kemudian
beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda,28 tahun
pada tahun 1982.Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan
pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apap-apa
yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu,Malaysia dan juga
kedudukan politiknya sendiri.
Sepatutnya
pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik
sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden
dan membangun,pemimpin yang peka,prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat.
Seorang Perdana Menteri yang boleh dibangga kan oleh rakyat.
Najib
bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh
bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum the. Razak
membeirtahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti.
Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak
sepatutnya dilakukan denganseorang penyanyi di Port Dickson.
Najib
juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya
untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan
Rosmah ,yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik
Najib.Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang
boros,terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.
Tanggungan
terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus,intelek dan
keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliu
sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat
nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku ,sebbelum rakyat sedar
hanya orang jahil dan bodoh shaja akan sewenang nnya dan kerap kali
tersilap.
Masih
terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah
pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah
tentu 2 bekas pengawla peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan
tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil
secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual
senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi
pihak kerajaan Malaysia
Semasa
Najib sebagai Menteri Pertahanan,beliau terlibat dalam pembelian 12
buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun
Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama.Najib
juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai
RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT
Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah
sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.
Semasa
zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat
dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSCpada
tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut.harga
kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion
menjelang Januari 2007.Lebih buruk lagi,hanya 2 bot yang rosak dari 6
buah yang sepatutnya.Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut
yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.
Ikrar
Najib untuk memerangai rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan
rasuha makin teruk dalam 3 tahun lepas belaiu menjadi PM selepas
Abdullah Badawi dalam tahun 2009.
Dibawah
pemerintahanya ,Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2
juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa
yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion
berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau
terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat
dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.
Sekarang
Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan
negara,beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan
tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakte yang
meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan
keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru,Kuala Lumpur
pada tahun 1987,tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir
Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2
pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.
Walau
beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan,Najib memberi sokongan kepada
kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah
sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan
indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin
tertinggi.Sebagaimana kata para pengkritik,bagaimana rakyat boleh
percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?
Didalam
negara,Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan
dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau
juga gagal membaiki imeh selelpas berbelanjan jutaan ringgit,dengan
perundinag media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara
sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati
anarabangsa.
Najib
juga gagal membaiki UMNO.Beliau gagal memberi pimpinan parti yang
diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO.UMNO masih ditakuk lama
dengan tabiat menipu,membeli undi,menyebar propaganda palsu dan memberi
imbuhan untuk menang pilihanraya.
UMNO
masih tiada isi dan integriti,gagal mencari ahli baru yang berbabkat
kedalam parti.Jika di bandingkan,PKR dan Pas lebih berjaya menarik
golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO.Perlu
diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything
But UMNO.
Di
peringkat antarabangsa ,Najib terkenal dengan percutian mewah keluar
negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh
pembayar cukai negara.The Global Movement of Moderates, yang
dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada
dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang
berkebolehan.Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan
persamaan hak manusia diluar negara, di negara snediri beliau melaungkan
retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa
walaupun bermakna”crushed bocies’,”lost lives’ dan”ethnic cleancing”.
Tamparan
paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya
bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara “
champion of doubletalk” bila pemerintahan nya secara tidak sah
menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman
pancung kerana dakwaan murtad.
Mungkin,
ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri
nya.Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan
hutang RM460 bil,dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan
nya. Memang Najib tidak berkeupayaan,beliau tidak sepatutnya dilantik
sebagai Perdana Menteri.UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib?
Jika demikian, apa lagi UMNO?
Sumber : Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.