KUALA LUMPUR: Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyifatkan tindakan Pre
siden Umno, Najib Tun Razak yang kini sedang menjaja kononnya memohon
maaf atas kesilapan lalu BN sebagai ‘buang tabiat’. Sambil berkata,
ianya ‘agak luar biasa’ bagi Umno yang selama ini dilihat angkuh di
puncak kuasa, tindakan itu juga membayangkan Najib tahu bahawa kuasa
mereka akan berakhir pada PRU13 nanti.
“Perbuatan
ini dianggap luar biasa. Bagaimana Umno selama ini dilihat gah dan
angkuh di puncak kuasa, tiba-tiba roadshow ke seluruh negara memohon
maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka.
Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti “buang tabiat”.
“Seolah-olah
Umno sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam
pilihanraya umum akan datang, lalu Umno memohon maaf kepada rakyat
disetiap negeri yang mereka jelajah,” katanya
Beliau
mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang
Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, barubaru yang memohon maaf atas
kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk
Selangor dan Kedah pada PRU12.
Permohonan
maaf secara terbuka itu kali kedua dalam tempoh enam hari, kali pertama
Najib bertindak demikian dalam satu program pada 26 Februari lalu di
Pelabuhan Klang, Selangor.
Mengulas
lanjut, Ustaz Nasrudin berkata, apa yang lebih pelik, Umno khususnya
Najib juga seperti tidak percaya lagi kepada senjata propaganda mereka
iaitu media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah
itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.