Mengapa bil tempahan bankuet diletakkan di atas nama Pejabat Perdana
Menteri dan bukannya alamat kediaman peribadi bagi mengelakkan
penyalahgunaan peralatan pejabat Perdana Menteri?
Mengapa sehingga kini Najib Altantuya tidak menyertakan bukti sahih
seperti cek atau pindahan wang bagi membuktikan perbelanjaan majlis
pertunangan anaknya benar-benar dikeluarkan melalui akaun peribadi?
Malahan jika ada sekalipun, mengapa menggunakan kemudahan awam yang
terdapat di pejabat sedangkan lebih molek jika menggunakan kemudahan
peribadi yang terdapat di luar yang dibiayai dengan wang sendiri?
Ia mengingatkan kembali bagaimana khalifah Umar Abdul Aziz mengasingkan
harta peribadi dengan harta kerajaan dalam soal penggunaan lampu minyak
tanah yang sangat masyhur itu.
Pihak hotel tidak seharusnya menjawab tuduhan yang dikemukakan Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli sebaliknya Najib Altantuya sendiri mesti
menjawab tuduhan tersebut dan disiarkan kepada rakyat bagi membuktikan
dia benar-benar bersih!
Persoalan paling besar kini, dari manakah datangnya wang sebanyak RM409
ribu kerana jika dihitung, gaji dan elaun seorang Perdana Menteri untuk
setahun cuma kira-kira RM856 ribu!
Haha... Najib Altantuya terkantoi lagi!
JALAN PULANG
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tetap berpandangan bahawa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam isu tempahan
jamuan bankuet pertunangan anak perempuannya.
Katanya, beliau tetap berpandangan demikian walaupun kenyataan daripada
hotel penyedia katering bahawa jamuan berkenaan dibayar oleh perdana
menteri.
"Ini jelas sekali satu penyalahgunaan kuasa kerana anda menggunakan kemudahan pejabat untuk majlis peribadi.
"Fakta bahawa tempahan itu dibuat melalui pejabat perdana menteri untuk
majlis peribadinya, itu sudah merupakan satu penyalahgunaan kuasa,"
katanya.
Beliau mengambil contoh dakwaan penyalahgunaan kuasa yang dihadapi bekas
timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Malah dalam kes Anwar sendiri yang didapati bersalah atas tuduhan
menyalahguna kuasa, hanya dengan fakta bahawa beliau telah mengarahkan
polis untuk menemubual," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.
Tambahnya, perdana menteri kini perlu menjelaskan mengapa tempahan itu
dibuat melalui akaun pejabat perdana menteri dan bukannya melalui akaun
peribadi Najib.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Hotel Shangri-La Kuala Lumpur
hari ini bahawa majlis berkenaan berkenaan dibiaya Najib dan bukannya
kerajaan persekutuan.
Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel itu bagaimanapun
mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event
Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.
Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel
Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang
dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.
Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.