SHAH ALAM: "Lebih
baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno,"
demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad
ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa
(Perkasa), Ruslan Kassim.
Menurut
Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi
parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara
ini.
"Walaupun
DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam
tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil
rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.
"Tetapi
dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat
main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat
dan negara ini.
"Jadi mana lebih baik? Saya berkawan dengan Melayu Umno atau Cina DAP?," ujar Dr Zulkefly.
Terdahulu
dalam pusingan soal jawab, Ruslan Kassim telah bertanyakan kepada Dr
Dzulkefly mengapa Pas memilih untuk berkerjasama dengan DAP yang
majoritinya dianggotai orang Cina tetapi bukannya orang Melayu dalam
Umno.
Selain
Dr Dzulkefly dan Ruslan Kassim, wacana Sinar Siri ke-11 yang
membincangkan tajuk 'Mengapa Undi Melayu Berpecah' itu turut menampilkan
Ahli Parlimen Pandan, Ong Tee Keat dan Pengerusi PKR Johor dan Datuk
Chua Jui Meng.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.