ROMPIN - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Jamaluddin
Jarjis menafikan ‘khabar angin’ yang kini bertiup kencang mengaitkannya
sebagai calon sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Pahang
menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob. Jamaluddin berkata, terdapat
sesetengah pihak atau blog-blog tertentu, yang proparti pembangkang yang
cuba mencetuskan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan perkara
berkenaan tidak pernah ditimbulkan Umno.
Menurutnya, beliau kesal dengan laporan blog-blog
milik pembangkang kerana berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan
sedia ada di dalam Umno itu sendiri.
“Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang bertujuan mahu melaga-lagakan perpaduan yang sedia ada di dalam Umno, dan saya ingin menasihatkan semua ahli Umno agar lebih berhati-hati dengan isu yang ditimbulkan oleh pihak berkepentingan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin yang bertiup kencang yang meramalkan Jamaluddin sebagai calon paling sesuai dan layak menerajui Umno Perhubungan Negeri bagi menggantikan Adnan.
Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, keputusan untuk meletakkan siapa saja calon di peringkat negeri terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan.
Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) itu menasihatkan pembangkang supaya menjaga parti mereka terlebih dahulu berikutan terdapat ramai dalam kalangan ahli parti itu yang bertindak keluar parti mentertai BN atau sebagai calon bebas.
“Sudah tentu ada kepincangan dalam pakatan pembangkang memandangkan sudah ramai yang mula keluar daripada parti itu seperti Bekas Persuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan sebagainya,” katanya. ~sinarharian

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.