Followers

Friday, March 16, 2012

Mahu Tribunal Siasat Gani Patail dan Musa dalam kes 'mata lebam'

 
Kita ucapkan syabas dan patut menyokong tindakan Datuk Mat Zain Ibrahim , bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur yang terus menerus mendesak pentadbiran PM Najib menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan dalam isu memalsukan keterangan dalam insiden "mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.".

Agak janggal juga kerana sehingga ke hari ini, pentadbiran Najib tidak pernah memberikan respon terhadap dakwaan Mat Zain tersebut walaupun telah mengadu melalui surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan disalin kepada Najib.

Skandal pemalsuan bukti oleh dua lelaki tersebut telah mengakibatkan Anwar telah dipenjara dan menjadi mangsa sehingga ke hari ini.Hukuman penjara yang Anwar telah lalui itu adalah penganiayaan terhadap beliau olih mereka berdua.

Rakyat patut bangun dan membangkitkan skandal ‘pemalsuan bukti’ tersebut supaya Gani dan Musa dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Menurut Mat Zain, jika mereka berdua dibuktikan bersalah, kemungkinan dipenjarakan sehingga 21 tahun.

Perlukah Najib menjadi pembela kepada dua penjenayah tersebut? Nampaknya tiada pilihan lain baginya kerana Najib sendiri menyedari hakikat bahawa kredibiliti kerajaan pimpinannya akan turut musnah akibatnya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.